Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 17, 2024 @ 3:19pm

Tak Kisah Dikritik Badan Terlalu Kurus, Mira Filzah Akui Tak Diet & Bersenam – “Semula Jadi Kecut, Tapi Alhamdulillah.. Saya Nak Cantik Pun Untuk Suami”

Pelakon, Mira Filzah tidak terkesan terhadap segelintir kritikan netizen yang mempersoalkan mengenai fizikal badannya yang dikatakan terlalu kurus itu.

Ketika ditemui XTRA, aktres drama popular Adellea Sofea ini berkata perkara tersebut berlaku secara semula jadi dek kesibukan aktiviti hariannya sebagai seorang isteri, ibu dan selebriti.

“Tak tahu kenapa kurus tapi saya tak diet, saya pun tak exercise.

“Tiba-tiba terjadinya sendiri. Mungkin nature kita, aktiviti harian.. Dulu kalau single lain, makan enjoy.

“Bila dah ada anak ni nak kata tak enjoy makan, enjoy juga. Cuma tu la, badan jadi kecut sikit. Alhamdulillah..,” katanya.

Mira berkata demikian ketika ditemui di rumah terbuka memori lebaran Mira Filzah baru-baru ini.

Mira Filzah

Ibu anak satu ini berkata perkara tersebut tidak menganggu emosinya, malah Mira hanya bergantung kepada pendapat suami tercintanya, Wan Emir Astar sahaja.

“Sekarang ni dah ada family, dah lama dalam industri. Saya memilih untuk tidak mengambil berat tentang suara-suara luar yang bercakap isu (kurus) ini.

“Bagi saya perkara ini bergantung kepada setiap orang. Lain orang lain body type.

“Saya tak kisah, asalkan suami kata cantik.. jadi okayla. Kita nak cantik-cantik pun untuk suami kita,” ujarnya.

Sebelum ini, nama Mira hangat menjadi perbualan ramai di media sosial apabila tersenarai dalam #blockout2024, susulan itu aktres ini tampil mempertahankan dirinya dengan mengatakan dia sudah lama memberi sokongan kepada rakyat Palestin.

Artikel Berkaitan: Nama Dalam Senarai #Blockout2024, Mira Filzah Tampil Bersuara & Dedah Bukti!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Nov 2022

“Awkward & Malu Sedikit…” – Adam Lee Lebih Gembira Selepas Menikah

Pelakon Adam Lee yang baru sahaja menamatkan zaman bujang bersama aktres Sweet Qismina mendedahkan banyak perkara baharu yang dilaluinya setelah bergelar seorang suami. Menurut Adam, kehidupannya selepas berumah tangga lebih gembira kerana kini ditemani oleh […]

Hiburan Wed, 26 Feb 2025

Imran Bard Mengaku Khilaf, Tampil Mohon Maaf Pada Ellie Suriaty

Imran mengaku bertanggungjawab sepenuhnya diatas khilaf yang berlaku.

Hiburan Wed, 5 Feb 2025

Angkat Isu Keganasan Rumah Tangga, Hazreen Amreena Muncul Dengan Single ‘Yang Ku Punya’

Hazreen Amreena muncul dengan single baharu berjudul Yang Ku Punya.

Hiburan Tue, 28 Jan 2020

Winning None Out Of 5 Nominations; People Think Ariana Grande Got Robbed Just Like Mariah Had In 1996

If this isn’t one of the most controversial Grammy moments, then what is it?

Trending Sat, 6 Jan 2024

Jenazah Siti Nor Hafiza Selamat Dikebumikan

Alhamdulillah dah selesai. Semoga Allahyarham Siti Nor Hafiza ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

Featured Tue, 21 May 2024

Gara-Gara Pertikai Serangan Tentera H*m*s, Azhar Sulaiman Tampil Mohon Maaf

Yang penting Behar mengaku kesilapan yang lain-lain tu masing-masing lah kita perbetulkan ek.😎✌️

error: Content is protected !!