Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 4, 2024 @ 7:47pm

“Tak Patut Hanya Marissa Sahaja Dipersalahkan” – Abby Abadi Mohon Doa Yang Baik-Baik

Pelakon Abby Abadi, 47, mempersoalkan tindakan warganet yang meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada kaum wanita berkaitan isu yang berlaku dalam poligami.

Biarpun anak perempuan Abby, Marissa Dania sudah melakukan kesilapan dan memilih untuk menjadi isteri kedua kepada Ahmad Aslam, aktres itu merasakan kesalahan terbabit tidak sepatutnya digalas anaknya sahaja.

“Saya tak rasa hanya dia (Marissa) seorang yang patut dipersalahkan. Kenapa orang hanya menuding jari kepada Marissa seolah-olah Aslam tiada salah langsung. Saya rasa macam pelik sangat. Mereka gelar anak saya ‘penyondol’, habis yang lelaki tidak bersalah ke?

“Pada saya masing-masing ada salah sendiri. Kita sendiri tidak tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga Aslam dan isteri pertamanya. Jadi lebih baik sekiranya kita mendoakan yang baik-baik,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ralat & Tak Percaya Anak Pilih Jadi Isteri Kedua… Abby Abadi Reda Terima Ujian

ARTIKEL BERKAITAN: “Aslam Bekerja Sebagai Pemandu E-Hailing, Buat Bisnes Sara Keluarga” – Abby Abadi Harap Anak Diberi Peluang Hidup Bahagia Bersama Suami & Madu

Abby berkongsi perkara itu ketika ditemui XTRA di Majlis Rumah Terbuka Wawa Nostalgia Raya di Wawa Cosmetics HQ, Bangi, Selangor pada malam Jumaat.

Pernah berhadapan dengan pengalaman bercerai ketika perkahwinan pertamanya kerana kehadiran orang ketiga, Abby mendedahkan dia tidak pernah menyalahkan isteri kepada bekas suaminya itu.

“Saya imbas semula sedikit, masa saya dengan bekas suami (Norman Hakim) dahulu, saya tak pernah salahkan Memey (isteri Norman) sebab tak tahu pun mereka berkawan sampailah satu kejadian yang membuatkan saya tahu. Masa tu saya tak salahkan Memey, saya salahkan Norman.

“Tetapi sekarang ini saya nampak orang lebih salahkan pihak perempuan. Sedangkan perkara ini berlaku membabitkan kedua-dua belah pihak. Perempuan dihentam bagaikan tiada hari esok.

“Saya rasa perkara ini kurang adil. Sampai anak saya cakap diri dia seorang ‘introvert’ pun orang marah. Sedangkan dia memang begitu.

“Cuma kini, selepas dia berumah tangga, dia lebih berani tampil ke hadapan mencari rezeki dengan menjadi model dan rebiu produk. Jangan disebabkan satu kesalahan, orang menidakkan perkara yang lain,” katanya.

Pada 7 Februari lalu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila didakwa bernikah di Thailand dengan lelaki yang dikenali dengan nama Ahmad Aslam.

Perkahwinan Marissa dan Aslam didakwa berlangsung ketika isteri pertamanya, Umisya Mazlan sedang berada di Tanah Suci Makkah pada 27 Disember tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Nov 2023

Tia Jinbara Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

Innalillahwinnailaihirrojiun. Al-Fatihah🖤

Kisah Viral Mon, 20 Jan 2025
Hiburan Wed, 21 Feb 2018

AMENG SPRING BAGI HADIAH SELEPAS 15 TAHUN

Ramai peminat yang bertanya adakah Spring masih aktif dalam industri. Ya, kami masih ada dan bakal menemui anda semula!

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Amira Othman Mahu Lelaki Tenang

Nadia Amira Othman,24,  ini dengan single terbaharunya ‘Mimpi Indah” diharap mengubati kerinduan peminat-peminatnya yang sudah lama menanti kemunculannya semula dalam arena seni suara.

Events Tue, 10 Sep 2019

2019年《八度空间嘉年华》圆满落幕!

2019年《八度空间嘉年华》于上个周末在莎阿南Central i-City圆满举行!八度空间旗下一众艺人、本地歌手以及网红落力助阵下,长达2天的活动共吸引1500人到场共襄盛举。

Hiburan Sat, 21 Feb 2026

DJ Sonic, Peminat Luah Rasa Sebak Lihat Nur Fazura Akhirnya Kecapi Bahagia – “Allah Gantikan Dengan Senyuman Paling Manis”

DJ Sonic meluahkan rasa sebak melihat rakan industri, selebriti jelita Nur Fazura semakin bahagia

error: Content is protected !!