Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 7, 2024 @ 3:11pm

Kecewa Proses Perniagaan Didakwa Kurang Jujur, Awal Ashaari Guna Undang-Undang Tuntut Hak

Kecewa dengan proses perniagaan yang didakwa kurang jujur, Awal Ashaari mengambil keputusan untuk tidak terlibat dalam bisnes kedai kopi yang beroperasi di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor sejak Disember lalu.

Diusahakan bersama seorang rakan perniagaan, Awal kini menuntut hak yang sepatutnya diterima sepanjang hampir lapan bulan terlibat dalam bisnes terbabit.

“Sepatutnya, kedai kopi ini adalah satu kolaborasi yang dibuat di atas persetujuan dua pihak, tapi ia tidak dilaksanakan dengan jujur sehingga membuatkan saya berkecil hati dan ambil keputusan untuk mengundur diri.

“Selepas tidak lagi terlibat, saya hanya mahu menuntut hak yang sepatutnya diberikan kepada saya. Selama ini, saya mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana ingin perkara ini diselesaikan secara baik, namun tidak mendapat sambutan,” dakwa Awal.

Menggunakan saluran undang-undang untuk menuntut hak, bekas hos program hiburan popular Melodi TV3 mengaku terkilan dengan apa yang terjadi.

“Saya terpaksa menggunakan peguam untuk menuntut hak. Sekarang ini semuanya masih dalam proses perbincangan antara peguam kedua belah pihak. Tapi saya baru dapat tahu daripada peminat yang kedai itu sudah tiada. Saya pun tak tahu situasi kedai itu sekarang kerana saya memang sudah lama tidak berhubung dengan individu itu.

“Saya berikan sepenuh hati untuk usaha sama ini dan sumbangan yang sewajarnya, tapi sebaliknya yang berlaku. Jadi saya pun enggan panjangkan isu ini dan ambil keputusan untuk tidak terbabit dan berdiam diri.

“Sebelum itu saya sudah bertemu dengannya untuk keluar dari perniagaan ini dan saya cuma tuntut hak saya. Tapi sampai hari ini saya belum terima sehingga terpaksa minta bantuan pihak guaman,” katanya kepada XTRA.

Awal ditemui di majlis rumah terbuka Usanita yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Susulan Podcast Bersama Rosyam Nor Sukses Raih Perhatian, Kini Usanita Jalin Kerjasama Dengan Awal Ashaari

Dalam majlis sama, Awal menjalin kerjasama dengan Usanita dan bakal tampil dengan program bual bicara bersama Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan.

Berkonsep segar dan menampilkan sesuatu yang berbeza, program yang akan ditayangkan selama 15 episod ini akan menampilkan beberapa selebriti tempatan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Apr 2020

Pelajar IPT dibenarkan pulang mulai 27 April ini

KPT akan perincikan proses susulan

Hiburan Mon, 18 Sep 2023

“Kalau Ada Jodoh, Adalah…” – Puteri Sarah Liyana

Haa Sarah kata kalau ada jodoh, adalah ye…

Trending Tue, 5 Jul 2022

“Aku Bukan Tak Nak Saman Tapi…” – Isteri Nazrief Nazri Dedah Punca Puteri Sarah Tidak Saman Ira Kaza Lebih Awal

Isteri Nazrief Nazri dedah punca mengapa Puteri Sarah tidak mahu saman Ira Kazar.

Featured Mon, 8 May 2023

Hati Berbolak Balik, Linda Hashim & Beego Tak Jadi Cerai Berkat Bulan Ramadan

Semoga ikatan perkahwinan Beego & Linda kekal hingga akhir hayat

Trending Mon, 24 Aug 2020

Lebih Banyak Taman Rekreasi Akan Ditutup

Tolonglah jangan degil gaissss!

Trending Mon, 27 Jul 2020

Hanya 20 Orang Dibenarkan Untuk Ibadah Sembelih Korban

Buat mereka yang bakal menjalani aktiviti ibadah korban minggu depan..

error: Content is protected !!