Euforia Bola 2026
Filem By: Khairil Khusyairi May 15, 2024 @ 6:28pm

‘A Mother’s Touch’ Sentuh Hati Penonton, Pupuk Rasa Empati Sesama Manusia 

Bersempena dengan sambutan Hari Ibu, satu tayangan istimewa filem ‘A Mother’s Touch’ telah diadakan menerusi kerjasama antara Yayasan Jepun Kuala Lumpur, Media Prima dan Golden Screen Cinemas pada Sabtu lalu.  

Filem yang menggarapkan nilai kasih sayang seorang ibu dan semangat seorang lelaki yang kehilangan daya penglihatan dan pendengaran ketika usia muda itu ternyata menyentuh hati penonton.

‘A Mother’s Touch’ merupakan filem yang diadaptasi daripada kisah benar seorang profesor buta dan pekak pertama di dunia, Fukushima Satoshi bersama ibunya. 

Sehubugan dengan itu, penulis skrip, Yokomaku Tomohiro berkongsi detik awal pembikinan skrip filem tersebut dengan bertemu Profesor Fukushima Satoshi sendiri. 

“Semasa saya menghasilkan skrip itu, saya sebenarnya pergi berjumpa dengan orang itu sendiri. Saya mendengar pelbagai cerita dan tertanya-tanya bagaimanakah watak Profesor Fukushima ini sewaktu kecil.

“Saya mendengar bahawa dia seorang kanak-kanak yang sangat lincah tetapi lucu, jadi saya mencipta watak Fukushima Satoshi dalam penulisan.

“Dan watak ibunya, Reiko sedikit berbeza daripada apa yang dikatakan oleh Profesor Fukushima. Dia berkata bahawa ibunya kadang-kadang menakutkan tetapi dia seorang yang baik dan penyayang, jadi saya mencipta watak yang dipanggil Reiko,” ujarnya.

a mother's touch

Dalam pada itu, penerbit Yuki Takafumi turut berkongsi cabaran dalam menghasilkan karya yang mampu memupuk rasa empati kepada masyarakat itu. 

“Cabarannya ialah bagaimana hendak membuat cerita ini kerana ianya mengenai Orang Kurang Upaya (OKU) tetapi kami memutuskan untuk melakukan dari sudut pandangan ibu iaitu Reiko, jadi ia menjadi drama keluarga manusia.

“Antara cabaran lain adalah watak Satoshi ketika kecil, kami agak risau pada mulanya untuk mewujudkan watak tersebut yang digalas seorang kanak-kanak namun syukur lakonannya menjadi dan nampak semula jadi,” kongsinya.

Bagi mereka yang tidak dapat sertai tayangan istimewa ‘A Mother’s Touch’ ini, filem tersebut sudah mula ditayangkan secara eksklusif dan HD melalui platform penstriman Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Jan 2026

Dikritik Soal Kecantikan, Isteri Ben Amir Sekat Komen Negatif Demi Ketenangan Jiwa

Isteri Ben Amir, Liana Alara menegaskan dia tidak mahu komen negatif netizen menganggu mentalnya

Trending Thu, 24 Sep 2020
Hiburan Sun, 23 Jun 2024
LIFESTYLE Sun, 13 Jan 2019

Bringing Indian Traditional Costumes into the Modern Fashion Scene

Designer Hariharan Arasu has just launched his inaugural menswear collection, which comprises loose tops and pants in breathable materials, writes Nadia Badarudin FROM the day he rolled out his first collection in 2012, Hariharan Arasu […]

Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Aeril Zafril Boleh Jadi Contoh Calon Suami Yang Baik

Zaman sekarang, perempuan memang suka ambik suami orang kan?

Trending Fri, 12 Mar 2021
Trending Mon, 15 Jul 2019

10张「世界最强挑夫」超级比一比!最后一张简直牛上天

世界上的神人很多,网路上屡见不鲜;但若论到顶上功夫的厉害,很难有人强过以下一系列……

error: Content is protected !!