Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 15, 2024 @ 7:46pm

Pengiktirafan Jadi Penguat Semangat, Beri Inspirasi Kepada DJ Lin

Penyampai radio popular, DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majid menganggap pengiktirafan menjadi penguat semangat serta inspirasi kepada dirinya.

DJ Lin sekali lagi melakar sejarah setelah berjaya memenangi pengiktirafan sebagai ‘Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia’ untuk kali keempat berturut turut bagi anugerah Reader’s Digest Trusted Brands 2024 yang berlangsung baru-baru ini.

Meskipun tidak dapat hadir pada majlis penganugerahan kerana sedang menunaikan ibadah Umrah, DJ Lin yang juga merupakan Pengurus Besar Suria FM ini tetap merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepadanya sehingga kini.

“Terima kasih kepada keluarga, peminat, rakan media, team Suria FM dan pihak pengurusan di atas sokongan yang tidak berbelah bagi buat saya sepanjang menjadi penyampai radio sejak tahun 1999 sehingga kini.

“Juga, sekalung penghargaan kepada rakyat Malaysia yang mengundi dan sekali lagi memilih saya sebagai penerima anugerah yang berprestij ini. Pengiktirafan ini sememangnya akan menjadi penguat semangat dan inspirasi buat saya untuk terus memberikan komitmen yang padu terhadap jenama Suria dan industri radio Malaysia,” ujarnya.

Anugerah ini merupakan hasil dari kajian bebas yang dilakukan oleh agensi penyelidikan pasaran terkemuka, Catalyst Research dengan keputusan yang diterbitkan secara eksklusif dalam majalah Reader’s Digest Malaysia.

Kajian ini melibatkan 2000 sampel individu dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia bagi menunjukkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jenama, produk, dan personaliti yang yang paling dipercayai oleh mereka yang mempunyai lebih dari 45 kategori yang berbeza.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Feb 2025

Angkat Isu Keganasan Rumah Tangga, Hazreen Amreena Muncul Dengan Single ‘Yang Ku Punya’

Hazreen Amreena muncul dengan single baharu berjudul Yang Ku Punya.

Hiburan Sun, 24 Dec 2017

Ketepi soal jodoh, Hans akui penat

Tumpuannya kini hanya untuk kerjaya dan soal jodoh diketepikan buat seketika.

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

Konsert Di London, Siti Nurhaliza Tunggu Keputusan Penganjur

Kalau bukan dengan pihak Shiraz Projects pun, saya dan pasukan iaitu Siti Nurhaliza Productions tetap akan ke sana. Sebab ini adalah perancangan asal kami.

Featured Thu, 8 Sep 2022
Featured Fri, 15 Jul 2022
Hiburan Tue, 27 Feb 2024
Hiburan Fri, 26 Jul 2019

‘Masa Kecil Je Kita Rasa Penat’- Raja Farah Kongsi Pengalaman Asuh Dua Anak

Penat kejap je takpe kan…hasilnya InshaAllah berbaloi!

Featured Fri, 10 Mar 2023
error: Content is protected !!