Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 16, 2024 @ 3:06pm

Azhar Sulaiman Dikecam Gara-Gara Pertikai Serangan Tentera H*m*s – “Kepada Artis Malaysia Yang Sokong Tu, Sila Pindah & Bantu Orang Disana”

Pelakon Azhar Sulaiman mencuri perhatian selepas memuat naik kenyataan dengan menggesa mana-mana rakan artis yang menyokong dan lantang bersuara mengenai strategi perang tentera Hamas pada 7 Oktober lalu agar segera berpindah ke Gaza.

Malah, dia juga dilihat menyindir sesetengah pihak yang hanya tahu mempromosi dan menuding jari agar orang lain pergi berperang.

“Kepada artis-artis Malaysia yang lantang sangat sokong Hamas buat serangan apda 7 Oktober 2023, sila lah pindah ke Gaza sekarang dan bantu orang disana.

“Jangan sedap mulut je promote dan sokong orang lain pergi berperang.

“Rakyat Gaza menderita dan kau orang carry on hidup dengan gembira dan move on. Macam S*al!,” kongsinya dalam sebuah hantaran.

Seakan tidak berpuas hati dengan kenyataan yang diberikan pelakon itu, rata-rata warganet tampil memberikan komen balas pada hantaran berkenaan dengan mengecam tindakannya yang disifatkan sebagai ‘kurang cerdik’.

Bagaimanapun, sedar dengan kecaman yang diberikan, Azhar sekali lagi tampil mempertahankan diri apabila dia dilihat membalas komen yang ditinggalkan warganet terhadapnya.

Meskipun bertindak memadam hantaran tersebut sebaik sahaja ia dimuat naik, namun rata-rata warganet seolah-olah tidak berpuas hati dengan pendapat yang diberikan mengenai isu di negara bergolak itu.

Bahkan, ramai pengikutnya mendesak agar Azhar disenaraikan dalam kalangan individu yang wajib diboikot.

 

Terdahulu, pelakon Sharnaaz Ahmad tampil membidas kenyataan yang dikeluarkan Azhar susulan dia melabel ketua perang itu sebagai tidak bijak kerana melakukan serangan secara mengejut terhadap pihak zionis.

ARTIKEL BERKAITAN:”Rasa Hormat Saya Dah Hilang Pada Abang” – Sharnaaz Ahmad Tempelak Azhar Sulaiman… Netizen Label ‘Palatao’ Isu Palestin

ARTIKEL BERKAITAN:Pertikai Strategi Perang Tentera Hamas, Sharnaaz Ahmad Bidas Azhar Sulaiman – “Kita Belum Tentu Mati Semulia Depa”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 31 Dec 2023
Featured Wed, 12 Oct 2022
Hiburan Fri, 19 Jul 2024
Hiburan Mon, 21 May 2018

Kren Tumbang Di Masjidil Haram

Pada tahun 2015, dunia dikejutkan dengan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram yang mengorbankan seramai 111 nyawa manakala 394 lagi cedera.

Featured Fri, 6 Aug 2021

Noraini Ahmad Umum Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi, Berkuat Kuasa Serta Merta

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta. Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan Ahli Parlimen Parit Sulong itu akur dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 3 Ogos lepas. […]

Trending Thu, 10 Sep 2020
Featured Sun, 4 Sep 2022
error: Content is protected !!