Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 16, 2024 @ 5:26pm

Alif Satar & The Locos Lancarkan Lagu ‘Kumandang’

Kumpulan Alif Satar & The Locos telah melancarkan lagu baharu mereka yang berjudul, Kumandang hasil kerjasama bersama Marriot Bonvoy buat pertama kali.

Menurut Alif, dia sangat berbesar hati apabila pihak Marriot Bonvoy memilih mereka sebagai artis tempatan pertama untuk mempamer kecemerlangan hospitaliti rangkaian Hotel Marriott melalui kuasa muzik.

“Kami tidak pernah ada kerjasama seperti ini dan kami adalah band tempatan pertama yang dipilih untuk menjayakan projek ini.

“Pada awalnya, kami macam tidak percaya ada jenama besar seperti Marriot yang mahu bekerjasama dengan kami. Melalui projek ini, peminat yang datang ke konsert kami boleh menginap di salah satu rangkaian Hotel Marriot.

“Kerjasama ini juga memberi pengalaman baharu kepada kami,” katanya.

Perkara ini telah dikongsikan oleh Alif ketika ditemui di majlis pelancaran lagu Kumandang di Hotel W Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Sementara itu, Alif memaklumkan bahawa mereka berpeluang untuk merakamkan lagu tersebut di Studio W di Bali.

“Sebenarnya kerjasama ni terjalin sebelum bulan Ramadan. Yang lebih seronoknya, kami berpeluang merakamkan lagu di Studio W di Bali. Di sana, kami menerima layanan dari pihak Marriot dengan sangat baik. Kami dimanja dan dihargai sebagai kumpulan pop.

“Bukan itu sahaja, studio itu juga Datuk Sheila Majid pernah merakamkan lagu di studio itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Marriot turut menampilkan pemenang pertandingan mencipta lagu yang dianjurkan Mariott Bintulu Paragon menerusi muzik video Kumandang,

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 27 Mar 2018

AirAsia Employees KISS Luggage Bags as Sign of Apology to Passengers

These dudes literally kissed each and every one of those bags!

Trending Tue, 28 Aug 2018

看过鳄鱼与长颈鹿的生活?会发现你的人生一点都不难

如果你觉得对生活很厌世的话,那你一定要看看这本日本插画家Keigo所绘制的新书!看完之后你觉得其实自己的人生还算好过……

Hiburan Mon, 18 May 2026

Dari Pembantu Jurusolek Ke Pelakon, Imranul Effendy Bintangi Filem Arahan Pierre Andre – “Saya Minat Bidang Ini, Jadi Timba Pengalaman Sebagai Krew Terlebih Dahulu”

Imranul Effendy kini melebarkan langkah dalam dunia seni lakonan apabila tampil menerusi filem pertamanya, Nar’sata Sekutu Setan arahan Pierre Andre.

Featured Sun, 26 May 2024

Bekas Peserta Mentor Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihirrojiun🥀

Trending Mon, 15 Jun 2020

Golongan Ibu Positif Covid-19 Boleh Teruskan Penyusuan

Ini mungkin maklumat yang bagus untuk anda!

Trending Sat, 2 Nov 2019
error: Content is protected !!