Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 17, 2024 @ 8:07pm

Bakal Kerjasama Dengan FINAS, Eizlan Yusof Bersedia Beri Bimbingan Kepada Pempengaruh Sebelum Ceburkan Diri Dalam Bidang Hiburan

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof bersedia untuk memberikan bimbingan supaya pempegaruh media sosial yang mahu menceburkan diri dalam industri hiburan mempunyai persiapan lengkap.

Eizlan menerusi VIBES International Agency (VIA), yang merupakan sebuah agensi berdaftar TikTok bakal menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) bagi memberikan pendedahan kepada selebriti media sosial yang mahu menceburkan diri dalam bidang hiburan supaya cakna dengan realiti sebenar situasi.

Eizlan selaku pengasas VIA yang merupakan sebuah agensi latihan di bawah Kami Sempoi menyambut baik saranan supaya mereka yang mahu terjun ke bidang lakonan, nyanyian atau pengacaraan tahu membezakan kerjaya di bidang hiburan tidak

“Kita bakal menjalin kerjasama dengan FINAS khasnya dalam memberikan pendedahan kepada pempegaruh di bawah agensi kita agar mereka tahu realiti sebenar dunia dan industri kita.

“Pada saya kita sebagai artis yang ada pengalaman dalam bidang ini boleh memberikan gambaran dan maklumat sebenar kepada mereka termasuk membat persiapan seperti ke kelas lakonan sebelum bergelar pelakon,” katanya.

Eizlan ditemui pada majlis VIA Appreciation Night Award Live Creator TikTok 2024 bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC) yang berlangsung baru-baru ini.

Penganjuran malam anugerah ini sebagai satu inisiatif untuk menghargai para host TikTok yang bernaung di bawah agensi ini. Ia juga sebagai memupuk semangat pencipta kandungan TikTok untuk terus sukses dan cemerlang dalam bidang penyiaran kandungan TikTok.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri Finas, Zed Zaidi menyokong usaha itu kerana ramai pemegaruh yang masuk ke dalam industri tidak tahu sistem sebenar dunia seni lakon.

“Mereka tidak boleh samakan berlakon dan bercakap di depan telefon seperti mereka lakukan, ia perkara yang sangat berbeza.

“Malah mereka juga kena sedar, kerjaya lakonan memerlukan mutu dan komitmen serta disiplin yang tinggi bukan hanya suka-suka. Peminat juga tidak sama dengan yang menonton mereka di media sosial dan juga lakonan mereka,” katanya.

Zed berkata latihan dan pendedahan sebenar mengenai dunia lakonan dan seni perlu supaya pemengaruh ini lebih bersedia dan tidak menyusahkan pihak lain ketika di lokasi penggambaran misalnya.

Terdahulu pada majlis itu, seramai 64 pencipta kandungan Tik Tok diumumkan sebagai penerima anugerah daripada 10 kategori yang dipertandingkan.

Setiap penerima anugerah menerima pelbagai hadiah menarik antaranya dari Annisa Batik, Koperasi Al Najah, Glamboot malah tajaan penginapan 4 hari 3 malam ke Krabi, Thailand oleh EDS Travel.

Dalam pada itu, Eizlan turut mengumumkan bakal bekerjasama dengan agensi umrah, Khadim Ummah melalui beberapa pakej umrah akan datang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Dec 2022

Bekas Suami Zarina Anjoulie Berkahwin Dengan Niqabis, Netizen Puji Cantik Macam Neelofa!

Alhamdulilah, selamat pengantin baru! Semoga berbahagia selalu

Hiburan Wed, 30 May 2018

Sasqia – Saya Bukan Jahat!

Sasqia gembira terpilih menerajui drama bersiri 50 episod ‘Koko Coklat’ yang akan ditayangkan di TV3 dan tonton secara serentak kelak. Malah, Sasqia turut teruja dipilih menjayakan filem arahan Syafiq Yusof, ‘Misteri Dilaila’ selaku teraju utama

Hiburan Fri, 19 Oct 2018

Lagu Bodoh, Dilabel Kayu Ketika Menari? Ini Jawapan PADU Syura!

Ish…tak baik tau netizen lagu ni bodoh! Penat Syura hasilkan lagu ni…cuba hargai sikit usaha orang lain.

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

汇集各国影视人才!第三届马来西亚国际电影节办一系列电影座谈会

马来西亚国际电影节联手国家电影发展局(FINAS)举办一系列电影座谈会,邀请各国影视人才,探讨电影中的奥妙与启发。

Featured Wed, 28 Dec 2022
Hiburan Sat, 16 Feb 2019

Pengacara JJCM Cerewet Pilih Makanan?

Pengacara berusia 41 tahun berkongsi cerita apabila pernah singgah di beberapa lokasi tempat makan yang tidak menepati citarasa.

Hiburan Wed, 18 May 2022
error: Content is protected !!