Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 18, 2024 @ 10:02pm

Lewat Bayar Wang Pampasan & Gaji Selepas Diberhentikan Kerja, Bekas PA Mizz Nina Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Bekas pembantu peribadi kepada penyanyi Mizz Nina, Nur Haniza Mohd Azhar mendakwa bekas majikannya itu telah memberhentikannya kerja secara tidak adil tanpa alasan kukuh, pada 30 April lalu.

Susulan perkara itu, Haniza nekad bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap penyanyi itu.

Memetik laporan mStar, peguam yang mewakili Haniza iaitu Mohamad Nasruddin Ab Rahman memaklumkan sehingga kini anak guamnya masih belum menerima sebarang pampasan seperti yang dijanjikan dalam surat pemberhentian.

“Surat pemberhentian itu diberi pada 6 Mac lalu jadi bayaran gaji pada Mac dan April perlu dibuat seolah-olah dikira dia masih bekerja.

“Apabila pihak Nina menyerahkan surat penamatan pekerjaan, mereka berjanji membayar pampasan sebelum 30 April.

“Tapi selepas 30 April pun anak guam saya masih belum menerima apa-apa bayaran,” katanya.

Tambah Nasruddin, tindakan undang-undang masih boleh dilakukan kerana kedua-duanya mempunyai hubungan sebagai majikan dan pekerja walaupun anak guammnya tidak pernah diberikan kontrak kerja secara bertulis,

“Anak guam saya boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap Nina walaupun tiada kontrak bertulis sebelum ini kerana hubungan antara pekerja dan majikan masih wujud.

“Disebabkan itu anak guam saya bercadang untuk mengambil tindakan kerana diberhentikan kerja secara tidak adil,” jelasnya.

Difahamkan, Haniza dan Mizz Nina pernah berbincang sebelum dia diberhentikan, namun syarat yang diberikan tidak dipersetujui bekas pembantu penyanyi itu kerana disifatkan sebagai berat sebelah.

“Sebelum ini ada perbincangan dibuat iaitu sebelum anak guam saya menerima notis pemberhentian kerja. Tapi syarat-syarat yang dikemukakan dilihat berat sebelah dan tidak dipersetujui oleh Haniza.

“Disebabkan itu Nina keluarkan surat pemberhentian sebelah pihak dan sebagai majikan apabila sudah mengeluarkan surat penamatan tempoh bekerja, pekerja sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi,” jelasnya.

Sementara itu, peguam bela Haniza memaklumkan pihaknya akan membuat laporan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPP).

“Laporan perlu dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh akhir bekerja. Sekarang kami ingin pihak Nina mengambil maklum tentang perkara ini.

“Difahamkan Nina juga tidak berada di Malaysia kerana selepas aduan dibuat JPP akan memberi satu tarikh untuk perbincangan kedua belah pihak,” katanya.

Menurut perkongsian Haniza kepada mStar, dia turut berasa kesal dengan tindakan penyanyi itu yang memberhentikannya selepas 11 tahun berkhidmat sebagai pembantu peribadinya.

Kata Haniza, dia dibayar gaji sebanyak RM3,500 sebulan tetapi tidak pernah diberikan kontrak kerja bertulis, kenaikan gaji, bonus atau elaun termasuk caruman Perkeso tidak pernah dibuat

Malah, surat pemberhentian kerja juga telah dikeluarkan pada 6 Mac lalu.

Menerusi surat itu, Mizz Nina menyatakan dia bersedia memberikan sejumlah wang pampasan, pindah milik nama bagi kereta jenis Suzuki Swift dan bayaran pampasan akan dibuat pada 30 April lalu.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 20 Dec 2023
Hiburan Thu, 27 Jul 2023
Trending Fri, 20 Apr 2018

Dikecam Kerana Menghadiri Pesta Muzik Coachella, Kylie Jenner Kongsi Gambar Anak Comelnya

Anda tengok sendiri, gerenti hati anda akan berbunga-bunga. Rasa macam nak gigit!

Featured Thu, 25 May 2023
Featured Fri, 15 Apr 2022
Trending Thu, 28 Dec 2017

Ibu Kepada 3 Orang Anak Gantung Diri Di Dalam Bilik

Cekik anak perempuannya sampai mati, ibu kepada 3orang anak gantung diri di dalam bilik

Featured Wed, 9 Aug 2023

Netizen Tampil Jadi ‘Fashion Expert’, Kritik Baju Siti Nurhaliza Macam …

Alamak, kenapa dengan baju TokTi? Lawa je min tengok😲😲😲

Trending Wed, 27 Jun 2018

Sharnaaz Ahmad Perli Abang Terlajak Laris

Adakah Sharnaaz Ahmad mengeluarkan kenyataan tersebut dengan niat mahu memerli tindakan Abang terlajak laris?

error: Content is protected !!