Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari May 20, 2024 @ 6:41pm

Selesai Beri Keterangan Kes Kemalangan Maut, Tajul Kesal Didakwa Enggan Beri Kerjasama

Penyanyi Tajul Arif tampil menyangkal dakwaan mengatakan dia enggan memberi kerjasama berkaitan kes kemalangan maut yang melibatkan anak kepada Presiden Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama), Ayob Abdul Majid iaitu Allahyarham Megat Muhammad Thaqief di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) pada 24 April lalu.

Artikel Berkaitan: Kes Kemalangan Maut, Tajul Hadir Ke Balai Polis Beri Keterangan?

Memetik laporan Harian Metro, adik kepada penyanyi, Allahyarham Achik Spin ini memaklumkan bahawa dia telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan bagi memberi keterangan dan telah selesai pada Jumaat lalu.

“Tidak betul dakwaan saya tidak mahu beri keterangan untuk bantu siasatan kes itu. Kalau pihak polis tidak hubungi, macam mana saya nak beri keterangan?

“Sebaik saja dihubungi pihak polis Khamis lalu, saya terus ke IPD Nilai keesokannya untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

“Saya pun tak tahu salah siapa dan serahkan kepada pihak polis untuk buat siasatan lanjut,” jelasnya.

Malah, disoal mengenai Allahyarham Megat Muhammad Thaqief, dia memberitahu bahawa dia tidak mempunyai hubungan yang rapat dan hanya pernah berjumpa dua kali.

“Kali pertama, kami bertemu di Genting Highlands sebelum ini. Saya tak kenal sangat dengan arwah tetapi tahu namanya daripada rakan-rakan dalam kumpulan konvoi bermotosikal.

“Ia bukan perlumbaan motosikal tetapi ketika kejadian, kami merancang untuk bergerak secara konvoi ke kedai Roti John di Senawang,” ujarnya kepada Harian Metro.

Berkongsi lanjut, Tajul turut memaklumkan bahawa dia dan rakan-rakan yang konvoi bersama membantu Allahyarham ketika kemalangan tersebut berlaku.

“Saya yang menghubungi ambulans dan mengajak semua anggota konvoi untuk sama-sama ke hospital.

“Saya juga hubungi emak arwah untuk beritahu kemalangan yang menimpa anaknya itu. Kami semua tak tidur sehinggalah jenazah dikebumikan keesokannya.

“Sebab itu saya sangat terkilan bila ada dakwaan saya tidak beri kerjasama sedangkan mereka tidak nampak banyak yang saya sudah bantu ketika kejadian itu,” katanya lagi.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 24 Mar 2025

Sah Cerai Talak Satu Buat Kali Kedua, Diana Danielle & Farid Kamil Saling Bersalaman

Diana Danielle dan Farid Kamil akhirnya menemui kata putus apabila ikatan perkahwinan yang dibina selama 13 tahun terlerai.

Hiburan Mon, 9 May 2022

Nyanyi Single Popular New Boyz ‘Meraung’, Tomok Terkejut Anak Hafal Lagunya

Tomok terkejut anak sulungnya boleh hafal lagunya ketika di zaman New Boyz.

Trending Tue, 25 Jun 2024
Hiburan Fri, 18 May 2018

Nazim Othman Dan Bella Dally Sah Cerai!

Apapun, diharap netizen tidak membuat sebarang spekulasi terhadap punca ataupun masalah yang membawa kepada keretakan rumahtangga mereka.

Trending Mon, 7 Jun 2021
Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Dilabel Lembik, Isteri Da’i Farhan Minta Hormati Keputusan

Semoga semuanya baik-baik selepas ni…

error: Content is protected !!