Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 21, 2024 @ 5:02pm

Memukau! Kecantikan Camelia Raih Perhatian, Netizen Komen: “Tengok Je Orang Dah Tau Kaya & Classy”

Penyanyi popular sekitar tahun 1990-an dan 2000, Datin Seri Camelia atau nama penuhnya Dayang Nur Camelia Abang Khalid mencuri perhatian selepas beberapa foto miliknya dikongsikan oleh jurusolek terkenal, Khir Khalid.

Menerusi hantaran tersebut, Khir berkongsi foto terkini Camelia ketika hadir pada sebuah acara perkahwinan baru-baru ini.

“Stunning as always Datin Seri CAMELIA Khan at Yasmin & Khevan wedding. Makeuo and hairdo by #hanyakhirkhalid,” tulisnya.

Walaupun sudah lama tidak muncul dalam industri hiburan tanah air selepas album Mysticasm pada tahun 2007, penyanyi lagu popular Dengarlah Kasih ini antara yang sering menjadi bualan dek kerana kecantikan yang dimilikinya.

Malah, perkongsian beberapa foto nya ini menjadi bukti bahawa Camelia yang kini berusia 50 tahun masih tetap anggun dan memukau orang yang melihatnya.

“Apa ni? Dulu kita sekolah rendah dia cantik. Laaa ni kita dah anak dua, she masih cantik. Cantik sangat-sangat!

“Cantik tu memang dah tau cantik tapi tak, dah tua pun cantik… ni yang jealous ni.

“Lawanyaaaa Camelia… dia ni tak aging langsung ya. Tak pernah tak cantik.

“Muka sentiasa muda je dia ni. Memang cantik semulajadi.

“The most beautiful lady in Asia.

“Classy as always. Tak payah try hard pakai branded logo from head to toe. Tengok je org dah tau from  make up, hair do, baju, accessories… tahu dia perempuan yang ada-ada. Bukan macam founder y ang baru nak kaya,” komen netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khir Khalid (@khirkhalid)

 

Sekadar info, Camelia merupakan pemenang Artis Baharu Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik bagi album pertamanya berjudul Camelia pada Anugerah Industri Muzik Malaysia 1998.

Selain menjadi penyanyi, Camelia juga merupakan seorang model bagi beberapa jenama terkenal antarabangsa, selain berbakat menjadi penulis lagu.

Difahamkan, Camelia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce, namun bercerai pada tahun 1999.

Camelia bagaimanapun dilaporkan berkahwin dengan usahawan ternama, Datuk Seri Akhbar Khan dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Aisha Asmara Khan, menerusi perkahwinan keduanya itu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khir Khalid (@khirkhalid)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 26 Jul 2018

This Creepy 3D Video is So Real, It Will Spook You Like Crazy

It’s so realistic that people are questioning whether it really happened or not.

Trending Mon, 9 Jul 2018

Kuala Lumpur’s Homeless People Receive New Life by Becoming Tour Guides

It’s a good opportunity to reduce the amount of homeless people living on the streets.

Events Sun, 16 Feb 2025
Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Altimet Angkat Kisah Rapper Dalam ‘Pendekar Pena’

Kata Altimet, Zizi merupakan pilhan yang paling ideal untuk kolaborasi ini.

Hiburan Fri, 17 May 2019
Featured Mon, 8 Jun 2026

“Saya Memang Against Poligami” – Edika Yusof Sebak Lihat Penderitaan Ibu

Edika Yusof menolak poligami kerana ibunya sendiri pernah berdepan dengan situasi itu.

Featured Fri, 6 Jan 2023

Galak Menari Di TikTok, Netizen Risau Kelibat Lelaki Terpana Tengok Baby Shima – “Abang Tu, Amboi Mata Tak Kelip”

Penyanyi kontroversi, Baby Shima sekali lagi tular di TikTok apabila galak menari sambil diperhatikan oleh seorang lelaki. @babyshimaofficial Betul ke nombor tiada penghujungnya? coba hitung di komen kalau begitu… nahhh begitu lah cinta ku padamu […]

Hiburan Tue, 16 May 2023

Bekerjasama Dengan Syarikat Antarabangsa, Neelofa Masih Diterima Baik Walaupun Berniqab

Neelofa kot semua syarikat berebut nak berkolaborasi bersama

error: Content is protected !!