Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 20, 2024 @ 7:38pm

M.Nasir Belum Terfikir Mahu Bersara, Akui Kekok Bertanding Dengan Generasi Muda

Penyanyi legenda Datuk M Nasir mengakui kekok untuk menyesuaikan diri untuk bertanding dan mempertaruhkan karyanya di pentas pertandingan bersama generasi muda.

Menurut Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamed berkata, dia sentiasa mencari jalan untuk menghasilkan karya yang bersesuaian dengan peredaran zaman memandangkan dia peserta yang paling berusia dalam pertandingan.

“Sekarang, kalau saya pergi ke pertandingan atau apa, saya dah jadi orang yang paling tua sekali dalam kalangan peserta. Yang bertanding, budak-budak lagi.

“Tapi, muzik yang saya buat itu, muzik orang muda. Jadi, saya ada sedikit rasa pelik macam mana nak sesuaikan diri,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh M.Nasir ketika ditemui di sidang media Konsert Datuk M.N45ir yang berlangsung di Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur, petang tadi.

Dalam pada itu, M. Nasir turut mengakui dia tidak pernah terfikir untuk bersara dari kerjaya seninya dan mahu berkarya selagi mampu.

“Selagi saya rasa saya boleh berkarya dan itu sebahagian satu pekerjaan. Bila bersara, rasa susah nak hidup. Saya risau juga.

“Tapi, saya suka dengan bidang ini, bidang mencipta lagu. Kita buat daripada benda itu tak ada, kemudian ada ‘bentuk’ dan kemudian orang suka. Itu satu nikmat yang orang lain tak dapat.

“Jadi, susah kalau ditanya bila saya nak berhenti atau apa. Selagi saya dapat rasa nikmat itu, saya susah nak berhenti,” jelasnya.

Sekadar info, M.Nasir bakal mengadakan Konsert Datuk M.N45ir anjuran Icon Entertainment di Axiata Arena Bukit Jalil, pada 10 Ogos 2024.

Orang ramai boleh mula membeli tiket serendah RM238 sehingga RM588 di www.ticket2u.com.my pada 27 Mei ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 17 Jun 2024
Sihat Wed, 25 Sep 2019

3 senaman yang boleh dilakukan di dalam rumah ketika jerebu

Senaman ringkas, tapi impak luar biasa

Hiburan Thu, 2 Jul 2026

Kontroversi Yang Akhirnya Menjadi Titik Kebangkitan Fazura – “Skala Bahagia Saya Kini 10/10… Alhamdulillah”

Fazura menjadi perhatian bukan kerana kejayaan lakonannya, tetapi kerana kontroversi yang mengiringi perjalanan seninya.

Hiburan Sun, 19 Apr 2026

“Persaingan Sengit! Beza Markah Sangat Tipis” – Datuk Acis, Ketua Juri AJL40 Separuh Akhir

Pemilihan lagu ke AJL40 bukan semata-mata bergantung pada kekuatan vokal, sebaliknya melihat kepada kualiti keseluruhan karya.

Hiburan Sun, 11 Aug 2024
Hiburan Fri, 17 Apr 2026

Umairah Ganti Amira Othman Nyanyi ‘Rasa & Takdir’ Di AJL40 Separuh Akhir Malam Pertama

Umairah menggantikan Amira Othman menyampaikan lagu Rasa & Takdir di AJL40 Separuh Akhir.

Hiburan Sun, 29 May 2022

Netizen Tegur Cara Pemakaian Isteri Haqiem Rusli

Isteri Haqiem Rusli ditegur netizen tentang cara pemakaian baju dan tudungnya.

Trending Tue, 10 Jul 2018

Lebanese Jeweller is Suing Rosmah for RM59.8 Million!

Where is she going to get the money to pay back the jeweller?

error: Content is protected !!