Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 27, 2024 @ 2:38pm

M. Nasir Umum Bakal Adakan Konsert Sempena 45 Tahun 10 Ogos Ini

Penyanyi legenda Datuk M. Nasir mengumumkan bakal mengadakan konsert anjuran Icon Entertainment bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil, pada 10 Ogos ini.

Konsert Datuk M.N45ir Cipta diadakan sempena penglibatannya 45 tahun dalam industri seni muzik tanah air.

Umum tahu, pemilik nama sebenar Mohamad Nasir Mohamed turut digelar maestro dan sifu sering menghasilkan karya seni yang berkualiti tinggi untuk kebanyakan penggiat muzik tanah air.

Malah, setiap karya ciptaannya sering meledak saat dipasarkan daripada karya yang dibikin untuk penyanyi solo lelaki dan wanita juga kugiran rock mahupun mengusung genre pop dan balada.

Menurut Iman Tang selaku pengajur, konsert tersebut bakal menyajikan setiap karya penyanyi tersebut yang bukan hanya lagu nyanyiannya, malah lagu-lagu yang pernah dikompos untuk penyanyi lain.

“Icon Entertainment sedar ini bukan pertama kali penonton atau peminat menyaksikan persembahan sifu M.Nasir sepanjang lebih empat dekad pembabitan beliau dalam industri seni Nusantara.

“Tapi menerusi inilah pentas yang akan menyajikan pelbagai ciptaan dan kreativiti daripada seorang karyawan seni ditumpahkan lalu menjadi persembahan visual dan audio yang tidak akan pernah dilupakan.

“Menerusi Datuk  M.N45ir Cipta, peminat akan masuk ke dalam dunia penciptaan beliau yang telah melahirkan karya bermutu bukan hanya untuk dirinya sendiri tetapi ratusan pemuzik serta penyanyi yang pernah mendapatkan sentuhan mereka.

“Dan di Datuk  M.N45ir Cipta, beliau akan mempersembahkan karya-karya yang telah dicipta dalam sebuah bentuk persembahan yang belum pernah disaksikan sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, M. Nasir turut berharap agar penonton yang hadir dapat menggamit semula nostalgia lagu-lagu hit yang pernah dihasilkannya ketika konsert nanti.

“Konsert ini akan berlangsung selama dua jam dan akan ada segmen yang kita mash up lebih kurang satu jam. Sebagai seorang pelaku, saya sentiasa bersedia. Saya pun selalu buat show di tempat lain.

“Untuk persediaan fizikal, bagi mereka yang sentiasa disiplin itu perlu. Apa yang penting kena tahu apa yang nak buat dan kita akan berlatih mengikut apa yang akan dipersembahkan nanti lebih-lebih lagi lagu yang wajib saya sampaikan.

“Saya akan berikan tenaga saya. Saya akan bawa lagu-lagu yang nostalgia yang melodinya sedap didengar. Juga lagu hit yang menjadi kegemaran ramai supaya semua penonton gembira,” jelasnya.

Orang ramai sudah boleh membeli tiket konsert Datuk  M.N45ir Cipta di laman sesawang www.ticket2u.com.my, pada hari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 22 Apr 2020

Ketahui Kadar Zakat Dan Cara Pembayaran Zakat Sepanjang PKP

Walaupun berdepan dengan PKP, zakat fitrah wajib ditunaikan..

Featured Sat, 31 Jan 2026

Dari Rakan Kerja Jadi Rakan Serumah, PU Riz Kongsi Kisah Pilih Neelofa Sebagai Isteri

Kata PU Riz keputusan untuk mendirikan rumah tangga bukan didorong oleh kisah cinta semata-mata

Hiburan Wed, 9 Oct 2024

Bakal Rebut Gelaran Juara, Ini 5 Finalist #XTRAXSTAR2024!

Saksikan Showcase Akhir XTRA XSTAR, pada Jumaat, 25 Oktober 2024, jam 8.30 malam secara langsung di akaun TikTok @xtra_my

Featured Wed, 17 Aug 2022
Trending Wed, 13 May 2020
Hiburan Wed, 15 Oct 2025
Hiburan Sat, 4 Jan 2025

“Kalau Saya Tegur Pun, Saya Takkan Beritahu Semua Orang” – PU Riz

Beradab ketika beri teguran, PU Riz bimbang sekiranya keterlaluan

error: Content is protected !!