Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari May 23, 2024 @ 12:51pm

“Hilangkanlah Tangisku Sehingga Aku Bisa Merasa Sabar & Ikhlas” – Irma Hasmie

Pelakon Irma Hasmie memuat naik sekeping foto berjubah serta berniqab serba hitam di Instagramnya.

Menerusi perkongsiannya itu, Irma turut menulis kapsyen berbentuk luahan hati dapat perhatian ramai warganet.

Tulis Irma, dia meminta semoga hatinya diberikan rasa sabar dan ikhlas kerana ia satu-satunya ketulusan yang luar biasa.

“Ya Allah, peluklah aku hingga hatiku bisa merasa tenang dan damai. Hilangkanlah tangisku sehingga aku bisa merasa sabar dan ikhlas, karena sabar dan ikhlas adalah satu-satunya ketulusan yang luar biasa,” kongsinya.

Irma Hasmie

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan kebaikan dan kesejahteraannya.

Malah, ramai yang memuji sikapnya yang kelihatan tenang walaupun berdepan ujian rumah tangga.

Irma Hasmie

Untuk makluman, Irma sah bercerai dengan suaminya, Redza Syah Azmeer pada November tahun lalu.

Perkara tersebut dikongsi oleh sahabatnya, Reen Emran baru-baru ini.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata yang berusia 11 tahun dan 10 tahun.

Artikel Berkaitan: “Tiada Unsur Orang Ketiga, Keputusan Untuk Kahwin Adalah Selepas Bercerai” – Bekas Suami Irma Hasmie

Artikel Berkaitan: Spekulasi Terjawab, Irma Hasmie & Suami Sah Bercerai Sejak 6 Bulan Lalu

Artikel Berkaitan: “Moga Allah Beri Ketenangan & Banyakkan Rasa Syukur” – Irma Hasmie Kunci Mulut Soal Status Perkahwinan Dengan Suami

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 Mar 2022
Featured Thu, 19 Aug 2021

#JusticeForBella, Pengasas Rumah Bonda Bakal Didakwa Di Mahkamah

Isu penderaan seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down, Bella yang tular di media sosial dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan dikenali Rumah Bonda masih belum menemui titik penamat. Terbaru, suspek utama kes penderaan Bella yang juga […]

Hiburan Sun, 1 Sep 2019

Ashraf Muslim Doakan Siapa Di Mekah?

Seronok betul kalau ada yang mendoakan kita, lebih-lebih lagi di hadapan Kaabah!

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Fathia Perlu Pengawal Peribadi?

Nur Fathia Latiff turut menyertakan satu notis yang dihantar kepadanya untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan. Bagaimanapun, penghantar notis, lokasi dan tarikh siasatan tidak dipaparkan.

Featured Mon, 6 Oct 2025

Riena Diana Nekad Dalami Ilmu Agama, Akui Keith Foo Suka Lihatnya Bertudung!

Riena mengakui sedikit takut dan gementar apabila sering diajukan soalan mengenai isu tersebut

Hiburan Sun, 16 Dec 2018

Makin Cantik, Lia Natalia Susut 30 Kilogram Sebab Nak Kahwin?

Pelakon berusia 26 tahun ini memang makin cantik, apa rahsianya ya?

Hiburan Wed, 13 Feb 2019

‘Doakan Billy Kuat…’- Lana Nodin Sebak Jantung Anak Terhenti 10 Minit

Semoga segala urusan Lana & keluarga dipermudahkan.Insya Allah…

error: Content is protected !!