Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin May 28, 2024 @ 8:00pm

[VIDEO] Lagi BCL Rancak Menari Di Kelab Malam, Netizen Komen: “Dia Kelihatan Makin Tak Keruan”

Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) sekali lagi mencuri perhatian selepas sepotong video pendek yang dikongsikan di Instagram peminatnya tular.

Menerusi video berkenaan, BCL kelihatan rancak menari disamping suaminya, Tiko Aryawardhana yang bertindak menjadi deejay pada malam tersebut.

Didakwa,  pelantun lagu Cinta Sejati itu hadir bagi menyambut ulang tahun kelahirannya bersama rakan-rakan selebriti yang berkongsi sambutan hari lahir pada bulan yang sama iaitu Aries.

“Aries Party 4.0, presents : “CAB{ARIES} GALA”,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by VIDI (@vidialdiano)

 

Bagaimanapun, tindakan BCL itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan peminat, apatah lagi sambutan itu didakwa dilakukan disebuah kelab malam terkemuka di sana.

Tidak habis disitu, ramai dalam kalangan peminat yang membandingkan kehidupannya dahulu kelihatan lebih baik iaitu ketika bersama Allahyarham Ashraf Sinclair berbanding sekarang ini.

“Dulu dengan Ashraf tak ada keluar cerita cerita dan video macam ni.

“BCL dulu elok je sopan, sesekali seksi… Tapi sekarang dahsyat!

“Suami DJ, isteri menari cocok sudah….tinggal tambah alkohol pulang dihantar.

“BCL tambah tak keruan, kesian dengan almarhum Ashraf dan anaknya.

“Tanggungjawab mantan suaminya sudah selesai melihat BCL makin begini, jadi ratu party,” komen netizen.

 

Selain BCL, antara yang terlibat dalam sambutan ulang tahun berkenaan adalah, Vidialdiano, Yuki Kato, Ranggaz Ananta Laksmana, Rossa dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Jan 2023
Featured Wed, 24 Jan 2024

Adi 6ixth Sense Dan Azmi Saat Bergabung, Duet Dalam Lagu Jingle Berjudul ‘Wahdinii’

Wah, kalau bulan puasa famous dengan jingle Yusuffff Taiyooob, ni baru pulak Wahdiniiiiiiiii❤️

Trending Wed, 24 Jul 2024

Dirasmikan oleh CEO FINAS, Malaysia Anjur Kejohanan BEYBLADE X Sea Cup Buat Julung Kalinya

Wakil pelbagai negara seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, dan Indonesia turut bertanding.

Featured Thu, 8 Jun 2023
Hiburan Tue, 28 May 2019
error: Content is protected !!