Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 28, 2024 @ 9:00pm

Bergabung Dalam Konsert Divas & Diamonds 2024… Rossa, Dayang Nurfaizah & Jamal Abdillah Bakal Hiburkan Peminat Di JB!

Barisan penyanyi hebat seperti Datuk Seri Rossa, Datuk Jamal Abdillah dan Dayang Nurfaizah bakal menggegarkan konsert Divas & Diamonds 2024 yang bakal diadakan pada 7 September 2024, jam 8 malam di Arena Larkin, Johor Bahru.

Dibawakan oleh Mega Eve Sdn Bhd, konsert ini bakal menghiburkan peminat di selatan tanah air dan tiga penyanyi ini bakal bergabung dengan seorang lagi superstar yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menurut Rossa, dia menerima tawaran untuk menjayakan konsert ini kerana merindui peminat-peminatnya di Johor Bahru.

“Sudah pastinya vibe di sana berbeza. Setelah hampir sedekad tidak mengunjungi Johor, saya tak akan lepaskan peluang dan tidak sabar untuk membuat persembahan di sana.

“Saya akan menghiburkan penonton dengan lagu-lagu hit dan mungkin saya bakal berduet dengan Dayang Nurfaizah, Insya-Allah,” kata Rossa.

Bagi Dayang pula, ia merupakan satu penghormatan untuk berkongsi pentas dengan Rossa dan Jamal Abdillah.

“Ia benar-benar satu penghormatan kepada saya dapat menyertai barisan yang bergemerlapan ini. Sejujurnya, saya sudah tak sabar mahu menghiburkan peminat di Johor kerana kebanyakan konsert diadakan di Kuala Lumpur, jadi peluang untuk menyanyi di Johor tak akan saya lepaskan.

“Berkongsi pentas dengan Rossa dan Jamal merupakan sesuatu yang berbeza, jadi peluang ini tidak dapat saya lepaskan. Persembahan saya bersama berisan artis hebat ini akan menjadi sesuatu konsert yang sangat istimewa, Insya-Allah,” kata Dayang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mega Eve Sdn Bhd, Dr Farhan Razali, kutipan konsert ini bakal disumbangkan untuk membantu saudara Islam di Gaza.

“Lima peratus daripada hasil tiket akan disalurkan bagi menyokong bantuan di Gaza, Palestin. Sumbangan ini akan diserahkan terus kepada pegawai Kedutaan Palestin untuk membantu saudara dan saudari kita di Gaza.

“Mega Eve akan terus menyokong usaha Kerajaan dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin sambil melaksanakan pelbagai acara pada masa akan datang,” kata Dr Farhan.

Harga tiket untuk Divas & Diamonds bermula dari RM288 hingga RM888. Untuk membeli tiket dan untuk segala pertanyaan, sila layari https://www.ticket2u.com.my/

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Fri, 3 Mar 2023
Hiburan Thu, 9 Mar 2023
Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Hiburan Mon, 22 Jan 2018

Sufian Suhaimi Dah Bersedia Ke?

Penyanyi Sufian Suhami yang dikatakan bakal mengakhiri zaman bujangnya pada bulan Mac ini, bersama pelakon Elfira Loy, masih lagi menjadi tanda tanya kerana mereka masih tidak mempunyai tarikh dan masing-masing pula sibuk dengan urusan kerjaya. […]

Events Sun, 11 Sep 2022

Netizen Sindir Nabil Ahmad Gara-Gara Pergi Konsert Dewa 19

Haa dah kenapa pulak ni sindir-sindir?

Featured Fri, 2 Jul 2021

Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke -10, Mizz Nina Beri Ucapan Istimewa Buat Noh Hujan

Pasangan selebriti, Mizz Nina dan Noh Hujan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kini sudah memasuki usia 10 tahun. Dalam postingnya di Instagram, Mizz Nina meluahkan rasa tidak percaya sudah hampir 10 tahun berkongsi kehidupan […]

error: Content is protected !!