Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 29, 2024 @ 8:34pm

Bermain Dengan Emosi & Lirik Mendalam, Sebrian Shah Muncul Dengan Damba

Penyanyi muda berbakat, Sebrian Shah, 25, kini muncul dengan lagu terbarunya yang berjudul Damba.

Menurut anak kelahiran Johor Bahru yang mempunyai kacukan Melanau, Cina dan Melayu ini, Damba merupakan hasil karya yang sangat personal baginya.

“Damba merupakan sebuah lagu yang sangat berat dari segi emosi dan teknikaliti. Dengan lirik-lirik yang mendalam, lagu ini memberikan gambaran yang jelas tentang perasaan yang rumit dalam hubungan percintaan.

“Seperti penyanyi lain, sudah tentu lagu yang akan dinyanyikan perlu dekat dengan diri penyanyi itu sendiri. Damba adalah kesinambungan kepada lagu saya yang pertama iaitu Maafkan yang telah dilancarkan beberapa bulan lepas.

“Fahaman tentang lagu ini berkisahkan seorang lelaki yang telah kehilangan wanita yang dicintai dan mendambakan percintaan itu semula. Akan tetapi jika dihayati dengan teliti, lagu ini bukanlah kisah cinta kepada manusia semata. Pendengar harus mendengarkan lagu ini sendiri untuk mengetahui makna tersirat yang cuba disampaikan,” katanya.

Dalam pada itu, pelajar semester akhir jurusan perniagaan yang telah menunjukkan bakatnya dalam bidang muzik dan peragaan pakaian sejak usia muda ini berharap lagunya dapat menembusi pasaran seberang.

“Seperti sebelumnya, saya mengharapkan lagu ini akan sekali lagi tembus ke pasaran Indonesia. Kalau dilihat dari statistik streaming lagu Maafkan, separuh dari pendengar adalah dari negara jiran.

“Semoga lagu ini akan disukai ramai, tidak kira dari mana mereka berada kerana bagi saya muzik sangat subjektif dan universal. Lagu Damba ini kedengaran berbeza dengan lagu saya sebelumnya. Nyanyian dan lagu kali ini kedengaran lebih kuat pada sisi pop rock.

“Saya memilih genre ini untuk bawa kesegaran selain kembali pada lagu-lagu yang saya dengar waktu kecil dulu. Bapa saya merupakan seorang penggemar lagu rock dan saya telah didedahkan dengan genre ini sejak usia muda.

“Lagu bergenre slow rock adalah lagu pertama yang dinyanyikan dan membuatkan sata menjadi juara pertandingan sewaktu di bangku sekolah dahulu. Jadi genre ini tidak asing lagi dengan saya.

“Kerjasama bersama komposer, Emeer Bakri dan Amsyar Razqa kali ini amatlah mudah dan cepat. Saya tahu apa yang mereka inginkan dan mereka juga tahu apa hala tuju saya untuk lagu ini, jadi tiada masalah dalam bekerjasama menyiapkan lagu ini,” katanya.

Bernaung di bawah Armani Entertainment Group (AEG), lagu Damba boleh didengari dan dimuat turun melalui platform penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music dan musik video boleh ditonton eksklusif di saluran YouTube Armani Entertainment.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 24 Aug 2018

Tiga Pelajar Hilang Akibat Taufan Cimaron

Hujan lebah tanpa henti yang menyerang pulau utara, Hokkaido turut menyebabkan kerosakan dan kelewatan ketara pengangkutan.

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Gong Hyo Jin Chooses Favourite Character She’s Played

And it’s not what most of us expected.

Hiburan Thu, 17 May 2018

西城秀树骤逝!心脏衰竭享寿63岁

以翻唱《YMCA》走红的日本殿堂级歌手西城秀树,曾在2003及2011年两度中风,造成右半身麻痹后遗症,不过2016年克服身体不适;没想到17日传出他因心脏衰竭骤逝,享寿63岁。

Featured Sun, 28 Jan 2024

“Mungkin Saya Nampak Menakutkan Tapi…” – Alami Anxiety Yang Teruk, Puteri Balqis Nafi Bongkak 

Ramai je yang macam Aqish sebenarnya, yang penting just be yourself! Jangan fake okay!

Events Wed, 19 Dec 2018

CJ WOW SHOP Luaskan Pasaran Menerusi Segmen Terbaru Dalam Bahasa Mandarin

Jadi, jangan ketinggalan untuk dapatkan diskaun dan mata ganjaran di CJ WOW SHOP!

error: Content is protected !!