Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari June 1, 2024 @ 8:01pm

Gara-Gara Watak ‘Omar’, Zahiril Adzim Dedah Dapat Banyak Ugutan… Siap Ada Yang Nak Santau!

Pelakon Zahiril Adzim memaklumkan bahawa dia menerima banyak kecaman di media sosial kerana lakonannya yang memegang watak sebagai Omar dalam drama Aku Bukan Ustazah.

Namun begitu, dia menerima semua maklum balas itu secara baik selagi ia tidak melibatkan ahli keluarganya.

“Teruk saya dikecam, seteruk yang mana sehingga ada yang nak pukul saya dan nak jumpa saya di luar. Setiap hari ada orang Direct Message (DM) maki saya. Setiap hari penuh saya punya peti masuk sampai saya tak larat nak baca.

“Saya okay tiada masalah dengan orang kecam sebab kita tahu ada ‘engagement’. Tapi bila sudah sampai maki-maki, saya rasa itu tidak perlu. Sebabnya ini adalah satu drama yang kita tahu untuk beri pengajaran.

“Setakat ini tiada yang terlalu melampau. Saya okay saja tiada masalah selagi tidak kacau keluarga saya. Tapi alhamdulillah tiada yang maki keluarga saya, yang ada pun cuma komen dekat gambar isteri sahaja,” ujarnya.

Zahiril ditemui ketika sesi temu bual bersama pelakon Aku Bukan Ustazah di acara Immersio : Inspirasi Generasi By TV3 di Muzium Telekom, Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, dia memilih untuk tidak membalas setiap komen yang mengecam dan mengkritik watak antagonis tersebut.

“Saya tidak balas, tapi saya akui ada yang komen nak hantar santau. Tapi tiadalah yang berbuat demikian,” katanya.

Malah, Zahiril turut bersyukur drama lakonannya itu turut mendapat sambutan daripada penonton dari Indonesia, Brunei dan Thailand.

“Ada juga penonton dari Indonesia, Brunei dan Thailand yang mmgecam. Tapi bila melihat perkara itu tidaklah saya terfikir dapat tawaran di sana, sebab tugas saya hanyalah ‘translate’ naskhah itu ke dalam karakter.

“Bagi saya, satu perkara yang menarik perhatian ramai adalah disebabkan isu keganasan rumah tangga. Jarang ada cerita pasal ini. Itu juga isu yang saya nak ketengahkan supaya kita sebarkan kesedaran.

“Kalau siapa ada alami masalah, jangan teragak-agak untuk melaporkan. Carilah bantuan dan pertolongan. Budaya kita ini macam malu nak minta tolong dekat orang. Kita kena buang sikap itu,” katanya.

Drama Aku Bukan Ustazah berunsurkan kekeluargaan namun turut diselitkan juga konsep islamik yang banyak memberikan pengajaran dan teladan kepada penonton menerusi slot Akasia di TV3.

Drama bersiri 28 episod ini merupakan terbitan Global Station Sdn Bhd dibawah arahan Idora Abdul Rahman ini turut dibintangi oleh Erysha Emyra, MK K-Clique, Haneesya Hanee, Shaza Bae, Qistina Khaled, Fikhree Bakar, Ahmad Syafiq, Razak Ahmad, Fadilah Mansor, Azhar Sulaiman, Danial Dashuki dan Syad Mutalib.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Aku Bukan Ustazah yang sedang hangat bersiaran di slot Akasia TV3.

Orang ramai boleh menonton drama Aku Bukan Ustazah menerusi slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Jumaat, 7 malam atau strim di aplikasi Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Sep 2022
Hiburan Fri, 12 Aug 2022

“Saya Suka Tengok Dia Sebab…” – Ini Respons Shuib Apabila Dijodohkan Dengan Wan Sharmila

Wahhh! Kalau memang berjodoh apa salahnya kan.. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka berdua.

Hiburan Wed, 6 Nov 2019
Hiburan Wed, 22 May 2019

Pergh…Kumpulan Slash Ada Lagu Barulah!

‘Dan Leburkanlah’ dicipta sepenuhnya oleh pemain gitar Slash, Joe.

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Hamil Lima Bulan, Shakilla Khoriri Kongsi Tabiat Pelik

Saya lebih suka memasak berbanding makan di luar. Semangat untuk memasak itu luar biasa sejak kebelakangan ini.

Hiburan Mon, 24 Jul 2023
Hiburan Mon, 4 Mar 2019

Terlalu Sibuk Kerja, Shuk Risau Anak Mula Tak Kenal?

Amboi, betul-betul sibuk nampaknya ni Shuk!

Featured Thu, 13 Feb 2025

[VIDEO] “Nanti Rees Nak Pergi Taman Cantik Kan?” – Zaquan Adha Sebak Anak Tanya Keberadaan Adik Bongsu

Zaquan kelihatan melayan ragam anaknya, Muhammad Aisy Al Jibreel yang pada ketika itu memaklumkan adik bongsunya itu sedang berada dekat ‘pasir’.

error: Content is protected !!