Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 4, 2024 @ 1:13pm

“Aku Bersyukur Memilikimu Sebagai Milikku” – Azrinaz Titip Ucapan Istimewa Buat Putera Abd. Wakeel 

Perkongsian bekas personaliti televisyen (TV), Azrinaz Mazhar Hakim mencuri tumpuan warga maya baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Azrinaz menitipkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat putera sulungnya, Putera Abd Wakeel yang ke-18.

“Selamat ulang tahun ke-18 kepada Putera Raja yang dikasihi!

“Semoga hari istimewa ini menjadi mempesona dan megah seperti anda. Ini adalah tahun yang dilimpahi dengan kasih sayang dan berkat yang tidak berkesudahan.

“Kehadiranmu memenuhi hati saya dengan rasa bangga yang tidak terkira, aku bersyukur memilikimu sebagai milikku.

“Dengan cinta yang kekal seumur hidup dan seterusnya, selamanya dan sentiasa #AWB,” titip Azrinaz.

Dalam hantaran sama, Azrinaz turut memuat naik foto bersama puteranya itu berserta ucapan dan doa.

azrinaz

Azrinaz

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut turut mengucapkan selamat ulang tahun buat anakanda Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah.

Terdahulu, Azrinaz pernah bergelar isteri kedua kepada Sultan Brunei itu pada tahun 2005, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama lima tahun.

Selain Putera Abd. Wakeel, perkahwinan Azrinaz bersama Sultan Brunei turut diserikan dengan seorang anak perempuan iaitu Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Azrinaz mendirikan rumah tangga semula bersama Firoz Khan Abdul Hamid yang juga bekas rakan sekerjanya di TV3 pada 1 Mei 2018. Hasil perkahwinan, Azrinaz dan suaminya dikurniakan dua cahaya mata iaitu Areesya Malaykha, 5 dan Atheera Medinah, 3.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 16 Apr 2023

Anna Jobling Perjelas Isu Beli Kereta Tanpa Lesen Memandu – “Saya Perlukan Hari Untuk Settle Lesen Lepas Raya Nanti!”

Pelakon Anna Jobling mengaku sebelum ini dia membeli sebuah kereta jenis Honda CR-V berwarna hitam atas dasar mahu memiliki komitmen bulanan agar lebih berdisiplin dalam menguruskan kewangannya walaupun masih tidak memiliki lesen memandu. Namun, itu tidak […]

Trending Fri, 7 Sep 2018

Babak Perkahwinan Ikonik Filem Crazy Rich Asians Bikin Pereka Tempatan Carven Ong Trending!

Gaun super cantik yang terdapat dalam babak perkahwinan Crazy Rich Asians itu adalah hasil sentuhan pereka fesyen terkenal negara, Carven Ong.

Hiburan Fri, 19 Jan 2018

IS THERE A POSSIBLE COLLABORATION BETWEEN BTS & MAROON 5?

Maroon 5 has been dropping hints! This might be ARMYs’ dream come true as two great artists possibly come together as one!

Hiburan Tue, 30 May 2023
Featured Mon, 4 Jul 2022

Didakwa Guna Kecantikan Untuk Terkenal, Ini Respons Anna Jobling Mengenai ‘Beauty Privilege’

Amboi, siapa yang cakap Anna guna kecantikan untuk raih populariti ni? Min suka response Melur ni, terbaikk!

error: Content is protected !!