Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 5, 2024 @ 12:46pm

Makin Fasih Berbahasa Melayu, Lim Mei Fen Kenang Jasa Erma Fatima

Pelakon Lim Mei Fen mengakui berasa gembira dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik seusai melihat lakonannya menerusi filem Padu arahan Faisal Ishak.

Menurut Mei Fen, dia sangat berterima kasih kepada Erma Fatima bahkan terharu apabila dipuji oleh penerbit yang pernah mengheretnya masuk ke dalam industri lakonan tanah air menerusi teater Takhta 3 Ratu.

“Dulu waktu kali pertama berjumpa Erma Fatima saya hanya tahu cakap nama saya Lim Mei Fen saja, tapi sekarang saya bersyukur dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

“Saya pun terkejut dengan perubahan tersebut. Kalau bukan sebab sering dimarahi Erma, mungkin saya tak dapat kuasai bahasa Melayu dengan baik sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Mei Fen juga sempat berkongsi pengalamannya ketika bekerjasama dengan penerbit itu sekitar 10 tahun yang lalu.

Kata Mei Fen, Erma sering berpesan kepadanya untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik dan fasih ketika melontarkan dialog dalam lakonan.

“Saya masih ingat lagi, ketika kali terakhir bertemu Erma, dia pesan supaya saya lebih fasih bertutur bahasa Melayu dan tiada perkataan bahasa Inggeris ketika melontarkan dialog.

“Ketika terbabit dalam pementasan teater Takhta 3 Ratu kira-kira 10 tahun lalu, Erma setiap malam akan memarahi saya kerana tidak pandai bertutur dalam bahasa. Ketika itu, dia selalu panggil saya ‘sengkuang’.

“Ketika itu dalam fikiran saya mungkin dia tidak suka sebab saya berbangsa Cina. Saya pun malas nak fikir dan hanya buat kerja saja. Tambah pula, saya tak pernah terdetik nak ceburi industri hiburan Melayu waktu itu.

“Tanpa disangka ketika majlis sidang media diadakan, dia tiba-tiba memuji saya kepada rakan-rakan media yang hadir dan beritahu saya sangat gigih belajar menguasai bahasa untuk karakter Puteri Hang Li Po sehingga saya menangis.

“Kemudian saya sedar dia ibarat harimau yang garang. Mulutnya saja (berbisa) tapi hatinya persis ibu,” jelasnya.

Mei Fen bagaimanapun mengakui terharu apabila dapat bertemu kembali dengan Erma di majlis Tayangan Perdana Filem Padu, baru-baru ini.

“Sebelum sesi tayangan berlangsung, saya terserempak dengan Erma. Kebetulan waktu itu saya bersama dengan jurulatih kebangsaan bola keranjang wanita, Yoong Sze Yuin saya pun perkenalkannya kepada Erma.

“Saya sangat terharu waktu itu dapat bertemunya semula dan terus teringat bagaimana saya bermula ketika memasuki industri Melayu 10 tahun lalu.

“Jadi menerusi filem Padu ini saya sudah memberikan sehabis baik untuk menjayakan karakter jurulatih Yoong.

“Jujurnya naskhah ini agak berat kerana mengisahkan daripada kisah benar mengenai sukan bola keranjang wanita dan wira-wira yang sudah mengharumkan nama negara,” katanya.

Untuk info, Mei Fen telah muncul sebagai watak jurulatih Yoong menerusi filem biopik Padu yang mengangkat kisah pasukan Bola Keranjang Wanita Negara.

Selain Mei Fen, filem tersebut turut dibintangi oleh Fify Azmi, Jojo Goh, Thanuja Ananthan, Datin Seri Umie Aida dan ramai lagi.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 8 Jun 2019

Aizat Sedih beraya tanpa Arwah.

Tidak mahu bersedih meraikan 1 Syawal selepas kehilangan bapa tersayang pada 9 Januari lalu, Aizat dan keluarga membuat keputusan menyambut hari mulia itu di Kota Kinabalu, Sabah.

Trending Sat, 8 Dec 2018

Jentera Pengorek Memanjat Menara di Vienna, Austria.

Menara khas dibina bagi membolehkan jentera pengorek ini ‘memanjat’.

Featured Fri, 5 May 2023
Hiburan Sun, 4 Aug 2019

Hafiz Hamidun Pilih November?

Sebelum ini, Hafiz dilaporkan rapat dengan seorang Instafamous dari Indonesia.

Hiburan Tue, 10 Sep 2019

Mamat Exists Bebas Dengan Jaminan Polis

Selepas ditahan polis atas kesalahan dadah pada Ahad malam, vokalis Exists, Mamat dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis sekitar pukul 4.30 petang, Selasa. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim yang berada di […]

Hiburan Thu, 23 May 2019

Here are the Top 10 Artists Malaysians are Discovering for the First Time

And Malaysians are loving these artists too…

Hiburan Mon, 22 Oct 2018

Akhirnya! Pasangan Paling ‘Tertutup’, Deepika- Ranveer Dah Ada Tarikh Kahwin

Dengan restu keluarga, kami gembira untuk berkongsi tarikh perkahwinan telah ditetapkan pada 14 dan 15 November ini.

Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Trending Mon, 2 Dec 2019
error: Content is protected !!