Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 8, 2024 @ 7:03pm

Derita Kanser Usus Tahap Empat, Wartawan Hiburan Huzz Meninggal Dunia

Wartawan hiburan popular, Huzz dikhabarkan telah meninggal dunia pada jam 6:10 petang, Sabtu akibat kanser usus tahap empat.

Huzz atau nama lengkapnya Kamal Huzaini menghembuskan nafas terakhir di kediaman abangnya di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Memetik laporan mStar, anak saudaranya, Nur Hana Ameera Ramly memaklumkan Allahyarham pada awalnya hilang selera makan sehingga keadaan menjadi lemah sebelum kritikal.

“Saya dimaklumkan, dia mengalami muntah-muntah sehingga selera makan hilang dan selepas itu, badannya terus menjadi lemah dan kritikal.” katanya.

Pada Mac lalu, Huzz yang merupakan pencipta lirik lagu Keangkuhan Mu nyanyian Ramlah Ram ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada usus sebelum disahkan menghidap kanser usus tahap empat.

Beberapa bulan selepas itu, Allahyarham dibenarkan keluar hospital dan beliau mendapatkan rawatan susulan di Pulau Pinang namun keadaannya semakin kritikal dan merosot.

Selain pencipta lirik penyanyi terkenal, Huzz juga pernah bertugas sebagai Pengarang majalah URTV di Utusan Karya Sdn Bhd dan namanya amat terkenal dalam segmen gosip sensasi Huzz di sisipan Pancaidera, Mingguan Malaysia.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Sep 2022
Featured Thu, 10 Nov 2022

“Saya Lebih Sedih Jadi Mangsa Body Shaming” – BCL Jawab Dakwaan Hamil

Pelakon dan penyanyi Bunga Citra Lestari mengakui kesal dengan dakwaan yang mengatakan dirinya kini sedang hamil anak kepada penyanyi Ariel NOAH, baru-baru ini . Sebelum ini, tular di media sosial saiz perut pelantun lagu Ingkar […]

Hiburan Sun, 10 Nov 2019

Wah…Eyka Farhana Siap Sedia Jadi Penyanyi

Wah…tak sabar nak dengar suara Eyka!

Trending Sun, 27 Dec 2020
Trending Fri, 7 Sep 2018

FB、IG爱PO健身照?研究:代表你心理有问题

运动风气盛行,去健身房锻炼身材,已经成为现代人日常生活一部分,但你有发现吗?有些人就很爱常常上传自己的健身照,从FB、IG等各种社群媒体都不放过,一项研究指出:这样的行为,代表心理有问题!

Trending Thu, 17 May 2018

Budak Lelaki Ini Tidur Di Atas Tingkap

‘Rimas’ Dimarah Bapa Kerana Malas, Budak Lelaki Ini Ambil Keputusan Untuk Tidur Di Atas Tingkap

error: Content is protected !!