Euforia Bola 2026
Hiburan By: Dhia Iwana June 14, 2024 @ 12:08pm

Han Byul Bertemu Jodoh Di Malaysia

Penyanyi Korea, Han Byul yang menempa nama dalam bidang nyanyian di Malaysia selepas satu pertandingan nyanyian, sekali lagi memukau peminat dengan lagu terbaharu berjudul Jodoh yang menjadi lagu runut bunyi drama bersiri slot Lestary, Helo Jodoh yang kini sedang bersiaran di TV3.

Berbeza dengan lagu sebelum ini, lagu bergenre pop ini sangat manis untuk didengar dan boleh membuatkan pendengar dilamun cinta. Melodinya yang ‘catchy’ dan membuai rasa dengan gabungan lirik yang santai, menjadikan ia sesuai untuk didengar oleh semua golongan.

Menurut Han Byul, dia mengakui cabaran yang dibawakan dalam lagu ini berbeza kerana nadanya yang tinggi namun perlu disesuaikan dengan lontaran suara yang lembut serta manis.

“Cabaran yang paling sukar dalam menyanyikan lagu ini adalah nadanya yang agak tinggi.

“Dan untuk tidak kedengaran terlalu menjerit, saya perlu sesuaikan lontaran suara dengan nada yang lebih lembut dan manis serta kedengaran lebih santai kepada peminat,” kata Han Byul.

Tambah penyanyi itu lagi, naskhah Jodoh kali ini lebih istimewa kerana melodinya yang catchy mampu membawa pendengar dalam membayangkan sebuah hubungan yang penuh dengan kasih sayang.

Lagu ini terhasil dari perkongsian idea oleh tiga komposer ternama Hazama, Omar K dan Firdaus Rahmat. Idea untuk menghasilkan lagi ini tercetus selepas Omar K menerima hantaran suara daripada Hazama yang menyanyikan beberapa rangkap sambil memetik gitar.

Ia kemudiannya diolah oleh Omar K dan diselesaikan sepenuhnya oleh Firdaus Rahmat.

Apabila ditanya pendapat Omar K mengenai Han Byul, komposer terkenal itu menyifatkan penyanyi ini mempunyai keunikan dalam melontarkan nada suara yang tersendiri dalam sesebuah genre lagu yang diberikan.

Lebih menarik, Omar K turut menjelaskan yang Han Byul mampu menggunakan nada suara “Korean Vibe” yang lembut seakan berbisik ketika menyanyikan lagu berbahasa melayu dan ia mampu memberikan satu suntikan baharu dalam lagu Jodoh ini.

Jangan lepaskan peluang untuk mendegar lagu Jodoh nyanyian Han Byul yang telah mula bergema di platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify dan YouTube Music.

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 23 Jan 2021
Hiburan Thu, 21 Feb 2019
Hiburan Wed, 4 Dec 2019

《国民女神》特别企划全面招募中!打造 POTV大马国民女神

POTV《国民女神》特别企划全面招募中!寻找自信和魅力的你,展现最真实的一面。

Featured Fri, 1 Nov 2024
Hiburan Wed, 19 Feb 2020
Hiburan Sun, 7 Apr 2019

‘Kongsi Mesej Yang Dikata ‘Friendly’ Itu,’- Fazura Kecewa Terima Tuduhan Tak Berasas

“ Saya mengalu-alukan Hans untuk berkongsi mesej tersebut yang dikatakan bersifat ‘friendly’ supaya orang ramai boleh membuat penilaian sendiri,” kata pelakon jelita Nur Fazura yang kecewa dengan kiriman teks diterima daripada Datuk Hans Issac berhubung […]

Featured Wed, 15 Dec 2021

“Pornografi Musnahkan Minda Saya” – Billie Eilish Akui Mula Menonton Video Lucah Semenjak Usia 11 Tahun

Penyanyi popular antarabangsa, Billie Eilish, 19, mendedahkan mengenai ketagihannya menonton pornografi bermula dari usia 11 tahun. Menurut Billie, perkara itu telah menjejaskan dirinya ketika dia mula berhubungan dengan lelaki. “Saya rasa video lucah adalah memalukan. […]

Hiburan Thu, 25 Apr 2019

Kenapa Nikita Mirzani Batal Hasrat Bersalin Di Singapura?

Tinggal dua hari sahaja lagi Nikita akan masuk hospital!

error: Content is protected !!