Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain June 19, 2024 @ 1:58pm

Syamimia ‘Rate’ Komen Haters, Pengikut Toxic Siap Dakwa Ada Penjilat – “Netizen Ni Macam Ada Muka, Tapi Macam Tak Ada”

Pempengaruh sensasi Syamimia tampil mendedahkan komen negatif dan toksik yang sering dilemparkan kepadanya dari kalangan netizen atau haters di media sosialnya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Syamimia menerusi sebuah hantaran di TikTok sekali gus meraih perhatian ramai.

Selain mendedahkan pengikut toksik, Syamimia turut memberikan ‘rating’ kepada setiap komen yang dilemparkan kepadanya menerusi perkongsian tersebut.

Menurut Syamimia, dia sudah boleh mengenal pasti beberapa pembuli siber yang sering meninggalkan komen negatif terhadapnya.

“Hari ni kita nak main rating komen haters. Jangan ambil serious kita nak santai je dekat sini. Bermula dengan komen yang pertama daripada podcast saya buat dengan Haze (Hazeman Huzir).

“Kita kena bunyi macam haters bercakap. Kalau netizen-netizen ni macam dia ada muka tapi dia macam tak ada muka sebab muka diorang tebal sangat,” katanya.

@syamimia_Segmen khas malam minggu, Edisi Siasat.

♬ original sound – Syamimia


Usai membuat pendedahan tersebut, pempengaruh itu dilihat tidak teragak-agak untuk mendedahkan lebih ramai lagi individu yang melemparkan komen negatif terhadapnya.

Malah, Syamimia turut menegaskan bahawa setiap pembuli siber boleh dikenakan tindakan undang-undang dan diberi pengajaran.

“Nanti kita akan kembali lagi untuk episod yang seterusnya. Korang komen, aku rating. Nak famous? cepat-cepat libatkan diri dalam jadi haters.

“Syamimia akan viralkan anda semua untuk jadi influencer juga ataupun orang yang dikenali. Ayuh anak muda!

“Cyberbully ni kita boleh saman dia ataupun kita boleh bagi pengajaran juga dekat dia. Edisi Siasat bukan sahaja untuk penjenayah tetapi juga untuk cyberbully,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 1 Aug 2018
Hiburan Mon, 14 Apr 2025

[VIDEO] Aaisyah Dhia Rana Rajin Kemas Bilik, Anak Che Ta Dipuji

Aaisyah Dhia Rana tak kekoh pegang penyapu dan penyodok

Trending Wed, 28 Feb 2018

Sajat Rated Xtra Tayangan Eksklusif Hanya Di Tonton!

Dan, anda juga berpeluang untuk menyaksikan rakaman langsung tanpa tapisan dan tanpa sebarang skrip. Malah, semua content yang terdapat dalam Vlog ini akan memaparkan 100 peratus atas kerelaan Sajat.

Trending Thu, 7 Nov 2019

A 17-Year-Old Passed Away After Pulling an All-Nighter of Gaming Session

“I want my son’s death to be an example…” the father said.

Hiburan Mon, 13 Jan 2025

Tidak Lagi Berselindung, Erra Fazira Kongsi Keakraban Bersama Mr. E

Erra Fazira terbuka kongsi keakraban dengan Mr. E

Trending Wed, 18 Mar 2020

COVID-19: Negeri Selangor Larang Adakan Kenduri Kahwin

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) telah mengeluarkan arahan untuk tidak mengadakan sebarang kenduri kahwin  atau majlis keramaian di negeri itu, selaras dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara berhubungan dengan […]

Trending Tue, 1 May 2018

Hari Penghargaan Bagi Anda Yang Bekerja, Jom Kenal Sejarah Hari Pekerja!

Pada hari tersebut, lebih 200,000 orang pekerja meninggalkan tempat bekerja mereka dan menuntut masa bekerja hanya lapan jam sehari.

Featured Sat, 17 Jul 2021

Jom Semak! Pemohon i-Citra Kini Boleh Semak Status Kelulusan Permohonan

Umum maklum, permohonan i-Citra KWSP sudah dibuka bermula 12 Julai lalu. Ramai pemohon yang ternanti nanti keputusan permohonan mereka. Justeru, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru sahaja mengumumkan melalui laman web rasmi berkaitan status permohonan […]

error: Content is protected !!