Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain June 21, 2024 @ 10:23am

“Perceraian Adalah Perkara Terakhir Yang Ingin Kami Lakukan” – Nora Danish

“Saya serahkan sepenuhnya kepada Allah kerana Dia yang Maha Pengatur,” demikian kata pelakon jelita, Nora Danish mengenai luahan bekas suaminya, Nedim Nazri yang tidak menolak kemungkinan mereka akan berjodohan kembali selepas sah bercerai, Rabu lalu.

Terdahulu, Nedim telah berkongsi luahan isi hatinya mengenai perpisahan mereka dan percaya Nora akan kembali kepadanya di Instagram.

Nora bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hantaran tersebut bahkan, lebih memilih untuk mengunci mulut mengenai aib keluarganya apabila ditanya tentang punca perceraian mereka.

“Saya tidak gemar meluahkan atau menceritakan hal negatif di media sosial kerana saya sayangkan peminat dan pengikut.

“Sebagai selebriti saya mempunyai tanggungjawab dan jauh sekali ingin membebankan mereka dengan masalah peribadi saya,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Nora memaklumkan perceraian tersebut merupakan keputusan terakhir yang mereka lakukan selepas melalui pelbagai perbincangan.

“Saya dan Nedim sudah saling mengenali hampir 11 tahun dan melalui fasa perkahwinan selama tujuh tahun. Kami sama seperti pasangan suami isteri yang lain iaitu sentiasa cuba untuk menyelesaikan masalah kami dengan sebaiknya dan perceraian adalah perkara terakhir yang ingin kami lakukan.

“Sepanjang tiada persefahaman kami sudah tidak tinggal sebumbung hampir enam bulan dan ketika itu kami masih cuba untuk memperbaiki atau kembali mengisi tempat-tempat kosong di hati kami tetapi Allah lebih maha mengetahui.

“Semalam, Nedim melafazkan talak satu di hadapan hakim dan Alhamdulillah perceraian ini dipersetujui kedua-dua belah pihak sekali gus memudahkan proses itu,” jelasnya.

Rabu lalu, Nedim melafazkan talak satu terhadap Nora sekali gus menamatkan spekulasi pergolakan rumah tangga mereka sebelum ini di Mahkamak Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, 8.34 malam.

Sekadar info, Nora dan Nedim telah berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl yang kin berusia enam tahun.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 23 Jan 2023
Featured Tue, 15 Nov 2022

Nyanyi Di Wedding Bekas Kekasih, Meer Nash Kekal Tenang – “Kental Hati Kau Bang”

Penyanyi Meer Nash, 27, memuat naik satu video di TikTok memaparkan dirinya menyayikan sebuah lagu di hari perkahwinan bekas kekasih. @meernash5I wish you nothing but happiness ❤️♬ original sound – Meer Nash Menerusi video berdurasi […]

Events Fri, 9 Sep 2022

Terpaling Juara: Masih Tak Boleh Move On! Netizen ‘Compare’ Suara Ifa Raziah- “Part ‘Aku’ Tu Macam Bunyi Serigala…”

Walaupun sudah lima hari konsert ketiga Terpaling Juara berlalu, namun kontroversi yang melanda penyanyi dangdut Ifa Raziah masih lagi hangat diperkatakan netizen. Mungkin masih tidak boleh ‘move on’ dengan nyanyian dan ‘attitude’ yang ditunjukkan pada […]

Hiburan Tue, 13 May 2025

Karya Glenn Fredly ‘Hidup’ Kembali di Zepp KL Julai Ini Menerusi Konsert Holografik Pertama di Malaysia

Karya legenda muzik Indonesia, Glenn Fredly bakal ‘dihidupkan’ semula menerusi teknologi hologram dalam konsert istimewa Glenn Fredly Holographic Performance: Live in Malaysia yang dijadual berlangsung pada 18 Julai 2025 di Zepp Kuala Lumpur. Konsert ini […]

error: Content is protected !!