Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain June 22, 2024 @ 1:47pm

Eyka Farhana Nafi Sedang Buat Persiapan Kahwin Bersama Akhyar Rashid – “Jika Ada Tarikh Rasmi… Saya Sendiri Akan Maklumkan”

“Jangan percaya dengan khabar angin yang tidak sahih,” demikian kata pelakon jelita Eyka Farhana yang menafikan dirinya kini sedang membuat persiapan perkahwinan bersama pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid.

Memetik laporan Harian Metro, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi menyatakan mereka masih dalam fasa mengenali antara satu sama lain dan belum ada perbincangan ke arah itu.

“Tidak benar. Kami belum menetapkan sebarang tarikh untuk bernikah tahun ini.

“Jika ada tarikh rasmi yang sudah ditetapkan saya sendiri akan maklumkan pada semua. Tapi buat masa sekarang belum ada berita gembira yang dapat saya kongsikan,” katanya.

Eyka bagaimanapun berharap agar orang ramai dapat mendoakan agar impiannya untuk berumah tangga dipermudahkan.

“Tipulah kalau saya katakan tidak teringin untuk bergelar isteri, tapi masanya belum tiba lagi.

“Sebenarnya ada banyak komitmen yang perlu saya selesaikan. Saya ada tanggungjawab besar untuk keluarga.

“Namun begitu, saya harap anda semua dapat mendoakan yang terbaik untuk kami berdua,”jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Oct 2022

Rebecca Nur Al Islam Berkemungkinan Terpaksa Gugurkan Kandungan Anak Keenam

Allahu kenapa pula tu? Semoga dipermudahkan segala urusan

Hiburan Sat, 21 Feb 2026

“Saya Hanya Bergurau” – Cef Zam Akui Silap Isu ‘Menggeletis’ Balik Kerja Awal Ramadan

Dalam masa sama, Cef Zam berkata dia tidak berniat untuk memperlekehkan komitmen setiap individu. 

Hiburan Thu, 7 May 2026

“Nak Booking Slot Promo Pun Susah” – Aina Abdul Kongsi Kesukaran & Cabaran Promosi Lagu

individu terbabit berpendapat penampilan fesyen unik dan visual mewah semata-mata tidak lagi cukup untuk terus mengangkat jenama Aina dalam industri hiburan.

Hiburan Sun, 4 Jun 2023
error: Content is protected !!