Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 26, 2024 @ 1:12pm

“Jika Ada Orang Kata Watak Saya Biasa-Biasa Saja, Saya Okay” – Kerjaya Lakonan Baru Bermula, Hasif Upin Mahu Asah Bakat

Membintangi filem Paku Tanah Jawa yang merupakan kolaborasi dua negara Indonesia dan Malaysia, penyanyi Hasif Upin diberi peluang untuk muncul sebagai penampilan istimewa.

Namun begitu, ada komen yang menganggap watak yang dibawakan oleh Hasif adalah kecil dan tidak memberikan kesan kepada penonton.

Tidak melatah menjawab persoalan terbabit, penyanyi lagu Waktu itu berlapang dada dan terbuka dengan sebarang komen.

“Jika ada orang kata watak saya biasa-biasa saja, saya okay sebab saya tahu tak semua orang dapat peluang begitu. Saya bersyukur kerana diberi peluang.

“Ini merupakan kali pertama saya berlakon dan diberi peluang membintangi filem usaha sama ini. Ini juga pertama kali bergandingan dengan MK K-Clique dan pelakon hebat Indonesia yang lain. Segala peluang yang datang akan saya gunakan dengan sehabis baik,” katanya.

Filem Paku Tanah Jawa terbitan Armani Entertainment Group arahan Bambang Drias dan Datuk KK Chua ini, Hasif dan MK ditampilkan sebagai penampilan istimewa.

Mahu mengembangkan bakat seni di Malaysia dan negara jiran, Hasif mahu mencuba bidang lakonan.

“Saya sebenarnya nak kembangkan bakat di Indonesia. Ini adalah permulaan untuk saya mencuba nasib di sana. Sebelum ini, memang saya minat bidang lakonan tetapi rezeki saya lebih terarah kepada bidang nyanyian.

“Saya menggunakan segala peluang yang ada untuk mengembangkan bakat seni. Jadi, peluang berlakon saya anggap sebagai satu landasan terbaik untuk orang lihat bakat saya,” katanya lagi.

Paku Tanah Jawa dibintangi barisan pelakon popular seperti Masayu Anastasia, Gisellma Firmansyah, MK K-Clique, Hasif Upin dan Wafda Saifan Lubis.

Ia membabitkan gandingan kerjasama dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 27 Jun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 9 Mar 2019

TikTok「看见音乐计划」初赛开启!海选阶段优质歌曲频出

引领全球短视频热潮的TikTok,自去年十月在马来西亚推出TikTok「看见音乐计划」后,近日正式开启初赛!

Hiburan Thu, 2 Jul 2026

Bergelar Duta, Sarimah Ibrahim Kongsi Aspirasi Gaya Hidup Lebih Sihat

Pengacara dan pelakon terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim percaya amalan menjaga kesihatan bukan lagi sekadar pilihan, sebaliknya satu keperluan dalam menjalani kehidupan yang lebih seimbang, terutama apabila perlu menggalas pelbagai tanggungjawab setiap hari. Menurut Sarimah, […]

Hiburan Sat, 9 Feb 2019

Nadia Brian Dilamar Di Kota Paris, Romantiknya!

Jika betul bagai apa dikata, Selamat Pengantin Baru Nadia Brian!

Hiburan Mon, 19 Dec 2022
Featured Sat, 8 Oct 2022
Hiburan Thu, 7 Jun 2018
Hiburan Mon, 4 Mar 2019

Sudah Beli Cincin Mahu Lamar, Nabil Mahir Akur Ketentuan Tuhan

Saya reda dengan ketentuan Illah. Rancangan awal, saya mahu melamarnya pada ulang tahun kelima perhubungan kami

error: Content is protected !!