Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 27, 2024 @ 7:15pm

Selesai Tunai Haji, Netizen Doakan Buat Irma Hasmie – “Kehilangan Cinta Manusia Tak Apa, Jangan Hilang Cinta Allah” 

Pelakon dan pengacara Irma Hasmie, 42, memanjatkan rasa syukur apabila selesai menjalani ibadah haji baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Irma atau nama sebenarnya, Irma Hasmie Ibrahim berterima kasih kepada semua yang mendoakan perjalanan ibadah hajinya itu.

“Alhamdulillah tak tergambar rasa syukur atas ucapan semua pada saya, yang mesej langsung (DM) dan Whatsapp, comment atau mesej yang tak sempat saya reply satu-satu.

“Saya doakan kebaikan dikembalikan sempurna buat semua malah lebih baik diberikan oleh Maha Pemberi. Semoga setiap doa-doa kalian yang dititipkan diangkat Allah, qabul Insya-Allah.

“Dan syukur Allah Maha Baik hadirkan sahabat-sahabat di sisi saya. Tanpa sahabat semua saya tidak belajar memberi. Terima kasih kerana sudi bersama memilih diri memperbaiki diri.

“Semoga kalam kebaikan yang pernah disampaikan buat sahabat semua di pandang Allah sebagai air sejuk yang memadamkan api kepanasan. Saya sayang semua,” coret Irma lagi.

Dalam perkongsian tersebut, ibu kepada dua cahaya mata itu berkongsi momen-momen dia di Tanah Suci Makkah.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut turut menitipkan ucapan dan mendoakan kesejahteraan buat Irma agar terus kuat.

irma hasmie irma hasmie

Untuk info, Irma Hasmie pernah mendirikan rumah tangga bersama Redza Syah Azmeer pada 2012. Namun, mereka sah bercerai pada November tahun lalu.

Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hilangkanlah Tangisku Sehingga Aku Bisa Merasa Sabar & Ikhlas” – Irma Hasmie

ARTIKEL BERKAITAN: Spekulasi Terjawab, Irma Hasmie & Suami Sah Bercerai Sejak 6 Bulan Lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Irma Hasmie Jawab Spekulasi Rumah Tangga Goyah

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 Dec 2024

Didakwa Lupa Lirik Ketika Persembahan, Joey Daud Tepis Dakwaan Mas Idayu – “Mana Ada Lupa Lirik?”

Joey Daud menepis dakwaan juri tetap bagi program hiburan Famili Duo Musim Ke-4 iaitu Mas Idayu

Trending Sat, 24 Mar 2018

Misteri Hilang Semalaman Terjawab!

Menurut ibu mangsa, Noorliah Kasbulah, 48, dia dimaklumkan oleh rakan anaknya yang menemui kereta milik Muhammad Hafiz berhampiran restoran di Bandar Baru Klang kira-kira 2 petang, semalam.

Hiburan Sat, 24 Aug 2019

Safura Menangis Hiba Di Instagram

Mengapa Safura mengangis hiba di Instagram?

Featured Mon, 1 Dec 2025
TECH Thu, 11 Oct 2018

Permainan Mudah Alih Nightstream Untuk Si Gamers

Dengan adanya Streamline Games yang menumpukan perkembangan permainan, kami boleh menggunakan kepakaran kami sebagai syarikat media bersepadu terbesar di Malaysia untuk mempromosikan Nightstream ke pasaran massa dan meniru semula kejayaan-kejayaan terdahulu seperti Ejen Ali dan Mak Cun’s Adventure.

Hiburan Mon, 10 Jun 2024
Featured Tue, 23 Sep 2025
Trending Fri, 31 Mar 2023
Hiburan Wed, 27 Sep 2023
error: Content is protected !!