Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Atiqah Johari June 27, 2024 @ 6:56pm

Gagal Hadir Prosiding, Norjuma Dikenakan Waran Tangkap Oleh 4 Mahkamah Majistret

Empat mahkamah majistret mengeluarkan waran tangkap terhadap personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed akibat gagal hadir pada prosiding kes lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat pada tujuh tahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, waran tangkap itu dikeluarkan oleh Majistret Illi Marisqa Khalizan, Nurul Izzah Shaharuddin, Fatin Dayana Jalil dan Noor Elynna Hanim Abd Halim susulan Norjuma dan penjamin iaitu adiknya, tidak hadir dalam kamar mahkamah walaupun nama dan kesnya disebut beberapa kali.

Lagi, sewaktu kesnya disebut di hadapan Illi Marisqan, Timbalan Pendakwa Raya Hamizah Hisan memohon waran tangkap selepas personaliti itu tidak muncul apabila namanya disebut tiga kali.

“Sekarang sudah jam 11.21 pagi namun tertuduh, penjamin mahupun peguamnya tidak muncul dan saya memohon waran tangkap dikeluarkan,” ujarnya.

Kemudian, mahkamah menetapkan semula sebutan waran tangkap pada tarikh 26, 29, 30 Julai dan 2 Ogos depan.

Sebelum ini, usahawan wanita itu sempat dirakam petugas media yang menunggunya seawal jam 8.30 pagi.

Norjuma dilihat hadir sendiri memandu kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam kira-kira jam 10.30 pagi namun tidak parkir keretanya di kawasan parkir orang awam sebaliknya meletakkan kenderaannya di tangga pintu utama kompleks mahkamah.

Meneliti kes pertuduhannya, pada 25 April lalu, dia mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat.

Pertuduhan pertama, dia didakwa mencederakan Mohd Afiq Ismail, 34, di sebuah premis perniagaan di Menara Atlan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada jam 8.43 malam pada 21 Februari 2017.

Pertuduhan kedua pula, dia didakwa menendang betis kaki kiri seorang pengawal keselamatan berwarganegara Nepal, Neupane Tika Ram di sebuah pusat tuisyen di Bukit Damansara pada jam 3 petang bertarikh 29 Mac 2018.

Untuk pertuduhan ketiga pula, Norjuma didakwa menampar pipi dan mencakar tangan Nur Solehah Rosli, 31, di sebuah kondominium di Wangsa Maju pada jam 10.30 pagi pada 18 Oktober 2021.

Ketiga-tiga pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda cecah RM2,000 atau kedua-duanya jika disabitkan bersalah.

Bagi lagi dua kes khianat, personaliti dan usahawan wanita itu turut didakwa merosakkan palang keluar masuk kenderaan dan kamera litar tertutup (CCTV) milik sebuah kondominium dengan anggaran kerugian sebanyak RM4,700 di Taman U-Thant kira-kira jam 7.44 dan 7.45 malam bertarikh 28 Julai tahun lalu.

Kes tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika bersalah.

Artikel Berkaitan: Mahkamah Isytihar Norjuma Bankrap, Waran Tangkap Diserahkan Kepada Polis

Artikel Berkaitan: Usahawan Dan Bekas Pengacara Popular Didakwa Menampar, Menendang 3 Individu Termasuk Pertuduhan Lakukan Khianat

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Nov 2019

Apink Naeun Got Plastic Surgery, Again?

Netizens discuss whether her getting work done is for better or the worse.

Featured Mon, 27 Feb 2023

“Tindakan Seorang Lelaki Yang Tidak Bermaruah” – Ceraikan Isteri Menggunakan Telefon, Ini Respons Puteri Sarah

‘Ambil anak dara orang cara baik, pulang pun cara baik’ – Puteri Sarah

Hiburan Wed, 21 Aug 2024
Hiburan Fri, 21 Mar 2025

Saling Mengenali Hati Budi, Ismail Izzani Kini Rapat Dengan Aktres Indonesia 

Ismail Izzani dan Gabriella Ekaputri dah hampir setahun berkenalan di media sosial

error: Content is protected !!