Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida July 7, 2018 @ 3:22am

Penyelamat Thai Mati Lemas Selepas Selesai Hantar Bantuan

Misi menyelamatkan 12 pemain bola sepak remaja dan seorang jurulatih mereka masih diteruskan sehingga kini.

Seorang bekas anggota Tentera Laut Thailand yang merupakan sebahagian daripada misi menyelamatkan mereka meninggal duit akibat lemas.

Dilaporkan, wira yang meninggal dunia selepas selesai menghantar bekalan oksigen kepada mangsa-mangsa yang terperangkap itu bernama Samarn Poonan.

Komander angkatan darat, laut dan udara (SEAL) Thai, Admirak Arpakorn Yuukongkaew berkata Samarn bersama rakan sekerjanya ditugaskan untuk meletakkan tangki oksigen di sepanjang laluan keluar.

“Dalam perjalanan mereka kembali, Samarn didapati tidak sedarkan diri 1.5km dari pintu gua di dalam air oleh rakan sekerjanya.

“Rakan sekerjanya cuba menyelamatkan Samarn, namun gagal,” kata Admirak.

Dalam pada itu, kematian Samarn membayangkan proses membawa keluar remaja dan jurulatih mereka itu berkemungkinan agak sukar memandangkan mereka tidak mempunyai pengalaman menyelam, jika mereka diperlukan untuk berenang keluar daripada gua berkenaan.

Namun begitu, Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha berkata ia tidak akan menjejaskan misi pasukan penyelamat.

Pihak berkuasa, termasuk pasukan penyelamat antarabangsa, sedang berusaha membawa keluar kesemua mangsa dengan selamat sebelum hujan lebat melanda minggu depan yang dapat menghalang operasi menyelamat tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 11 Dec 2019

Video Lucah Zul Ariffin Tular?

Alamak! Takutnyaaaa

Featured Tue, 27 May 2025

Yassin Senario Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Penahanan Di Jeddah Berpunca Dari Rokok – “Kalau Pasal Lambang Jadi Isu Saya Dah…”

Pelawak Yassin Senario akhirnya membuka mulut mengenai penahanannya di Jeddah seperti yang tular sebelum ini. Kata Yassin ketika ditemu bual secara eksklusif bersama Apek Senario menerusi Darkcast Youtube, pelawak itu menjelaskan penahanannya di Jeddah bukanlah […]

Hiburan Mon, 12 Sep 2022
Hiburan Sun, 28 Jan 2024
Trending Sun, 22 Apr 2018

Merajuk Dengan Keluarga, Kanak-Kanak Bawa Diri Ke Bali Seorang Diri!

Emma berasa terkejut dan tidak boleh menjelaskan bagaimana perasaannya selepas mengetahui anaknya itu ke luar negara seorang diri dan menginap di Hotel All Season yang bertaraf empat bintang…Memang berani lah awak dik!

Hiburan Fri, 21 Jul 2023

Tahniah! Anne Ngasri Dikurniakan Darjah Kebesaran KMN

Wahh tahniah Datin Anne! Terima kasih atas jasa dan baktimu 🙏🏼

error: Content is protected !!