Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 8, 2018 @ 3:02am

Wow! Aizat Amdan Cipta Lagu Khas Buat Tun Mahathir

Dua hari lagi, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menyambut ulang tahun ke 93.

Kesempatan itu, penyanyi Aizat Amdan sedang berusaha mengumpul ucapan hari jadi sebagai penghormatan kepada negarawan ulung itu.

Menerusi Instagram Aizat, penyanyi itu memberitahu program ini sebagai pemberian istimewa buat Tun Mahathir.

 

“Ada beberapa hari lagi untuk hari jadi perdana menteri kita, Tun M! Jadi, Aizat nak minta semua orang buat ucapan hari jadi Tun Dr Mahathir berserta hastag #selamatharijaditunm dekat Instagram atau InstaStory,” tulisnya.

Aizat menyeru seluruh pengikut Instagramnya untuk sama-sama terlibat dengan projek istimewanya ini.

Paling penting, korang yang ingin menyampaikan ucapan hari jadi kepada Tun M, jangan lupa untuk meletakkan #harapanjadinyata dalam ucapan tersebut nanti!

Terdahulu, Aizat melancarkan single terbaharunya, Harapan Jadi Nyata yang diinspirasikan daripada falsafah kepimpinan, perjuangan serta perjalanan politik Dr Mahathir.

Harapan Jadi Nyata dihasilkan pada 2011 dan dirakamkan di Emil Berliner Studio, Berlin, Jerman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Feb 2020
Hiburan Mon, 14 Jul 2025

Aloy Paradoks Pernah Gugur Watak Pelakon Wanita Kantoi Menipu, Tegas Bab Disiplin

Ha, watak terus digugurkan sebab kantoi menipu. Cakap sakit, tapi terserempak pula di restoran!

Hiburan Fri, 11 Jan 2019

神剧《美丽新世界》5奖项入围「第四届亚洲彩虹盛典」

本地电视剧和节目再次在国际舞台捎来好消息!神剧《美丽新世界》5奖项入围「第四届亚洲彩虹盛典」。

Hiburan Sun, 4 Mar 2018

丁当519来马开10周年演唱会

欢庆出道十年,丁当启动全新巡演《想恋一个爱》一恋十年世界巡回演唱会,以 “回到刚出道时刻”的心情概念,于5月19日(星期六)晚上8时,在吉隆坡KLCC Plenary Hall,与歌迷近距离接触。

error: Content is protected !!