Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 1, 2024 @ 5:25pm

“Waktu Saya Sampai Belakang Pentas, Dia Dah Siap Bersolek & Bertelekung Sebab…” – Busana Raih Pujian, Ezuwan Ismail Kagum Cara Kerja Siti Nurhaliza

“Dia peramah, murah dengan senyuman dan profesional, termasuk pihak pengurusannya juga. Walaupun statusnya tersohor, namun sikap rendah diri itulah yang sebenarnya memudahkan proses kerja.”

Demikian kata-kata pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail, 42, yang kagum dengan cara kerja ditunjukkan penyanyi Datuk Seri Nurhaliza sepanjang dua hari berada di belakang pentas bersempena dengan Konsert Fenomena: Siti Nurhaliza Live In Singapore 2024, baru-baru ini.

Ezuwan, 42, yang mereka dua persalinan khas digayakan Siti menerusi konsert yang berlangsung selama dua malam itu turut memuji pengurusan masa pelantun lagu Romansa Kita itu.

“Bersyukur kerana kami serasi dan mudah bekerjasama. Saya percaya, pengalamannya yang kini hampir tiga dekad di dalam industri membuatkan dia cukup matang, selain menghormati peranan setiap orang yang berada di sekeliling.

“Sebagai pereka fesyen pula, saya sedia maklum akan keterbatasannya dalam menggayakan busana. Jadi bila sesi lakaran dan ‘fitting’ dilakukan, saya akan lontarkan idea dan lega bila hasil kerja kita lulus di matanya.

“Bayangkan waktu saya sampai di belakang pentas konsert, dia sudah pun siap bersolek dan bertelekung sebab nak menunggu waktu solat. Kemudian barulah dia akan pakai busana sambil dibantu pembantu wanita sebelum membuat persembahan,” kata Ezuwan.

Terdahulu, pakaian ciptaan Ezuwan yang digayakan pelantun lagu Di Kayangan Kita itu menjadi bualan di media sosial selepas Siti memuat naik hantaran di akaun Instagram miliknya, semalam.

Hingga kini, perkongsian terbabit meraih lebih 36,000 tanda suka dengan lebih 400 komen warganet.

Pereka fesyen asal Kelantan ini juga terharu apabila ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K yang merupakan suami kepada Siti turut menghargai persalinan hasil air tangan Ezuwan.

“Alhamdulillah Datuk K suka dengan baju yang saya buat. Dia sempat beri isyarat ‘thumbs up’ sambil kata cantik. Iyalah, bukan senang nak dapat pujian sedemikian daripada Datuk K.

“Rasa berbaloi bila terima dedikasi tersebut mengenangkan kita sendiri bertungkus-lumus mahu beri yang terbaik demi konsert skala besar Siti di negara orang,” katanya lagi.

Berkongsi mengenai rekaannya pula, Ezuwan mencabar diri kerana buat pertama kali, menyiapkan helaian tradisional buat penyanyi lagu Cindai itu.

“Ada dua persalinan yang dapat sentuhan saya iaitu satu busana moden. Itu boleh dianggap sudah jadi macam ‘makanan’ jenama Ezuwan Ismail. Cuma agak mencabar nak siapkan baju tradisional sebab kalau silap langkah, ia boleh jadi macam baju songket pengantin!

“Saya cubalah yang terbaik kerana nak nampak ia ada elemen glamor di samping masih mengekalkan aura kemelayuannya. Memang menguji sebab sepanjang proses menyiapkan busana itu, saya di Tanah Suci Makkah bagi menunaikan Haji.

“Jadi tak dapat nak pegang depan mata. Walaupun saya dah biasa buat baju, tapi sentuhan pereka feysen itu adalah kepuasan sebenar. Kami hanya berkomuniksasi menerusi panggilan video saja, namun syukur kerana dipermudahkan.

“Untuk persalinan itu juga, saya fokus kepada perincian yang mana ia disulami dengan puluhan ribu manik-manik halus selain ada tassel, kerawang dan guna dawai di bahagian bahu bagi memberikan ilusi ‘3D’ pada rekaan,” katanya lagi.

Rata-ratanya memuji persalinan indah yang digayakan Siti ketika menjayakan slot Irama Malaysia menerusi konsert yang berlangsung di Singapura itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Aug 2022
Hiburan Sun, 3 May 2026

Bahang AJL40 Makin Hangat, Ernie Zakri, Siti Nordiana, Haqiem Rusli & Khai Bahar Hidupkan Nostalgia Di The Soundstage

Bahang Anugerah Juara Lagu ke-40 semakin terasa apabila konsert khas The Soundstage diumumkan sebagai pemanas pentas menjelang malam kemuncak AJL40.

Kes Mahkamah Wed, 12 Mar 2025

‘Zulfarhan: 19 Lawan 1’ Kisah Tragis Kes Buli UPNM Dipaparkan Dalam Edisi Khas Fail Mahkamah Malam Ini!

Episod pertama akan ditayangkan pada 12 Mac 2025, disusuli episod kedua pada 26 Mac 2025, tepat jam 9 malam

Featured Tue, 26 Dec 2023
Hiburan Fri, 6 Feb 2026

“Jika Ibu Kandungnya Masih Ada, Sudah Pasti Auratnya Lebih Terjaga” – PU Syed

PU Syed meluahkan kebimbangan terhadap beberapa video yang tular di media sosial

Hiburan Tue, 11 Nov 2025

Anak Didakwa Terdesak Tuntut Nafkah, Ibu Raja Azura Hilang Sabar! – “Aku Berdamping Dengan Dia, Siang Malam Cari Duit”

Raja Azura mencari rezeki siang malam, ibu bidas netizen dakwa terdesak tuntut nafkah

Hiburan Thu, 24 Jul 2025

“Manusia Tak Akan Berubah Hanya Kerana Rasa Takut” – Zizi Kirana

Zizi Kirana sifatkan manusia berubah mengikut kemahuan sendiri

error: Content is protected !!