Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 3, 2024 @ 3:04pm

“Bangganya… Siap Minta Orang Doakan” – Warganet Kurang Senang Ruhainies & Aliff Aziz Hadir Ke Mahkamah Dengan Senyuman, Pakai Warna Sedondon

Selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kes khalwat pada 9 Mac lalu, pelakon kontroversi, Aliff Aziz dan Ruhainies sekali lagi menerima kritikan dalam kalangan warganet.

Walaupun Aliff mengingatkan agar netizen lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata, namun melihat kepada tindakannya dan Ruhainies hadir ke mahkamah hari ini membuatkan rata-rata warganet berasa kurang senang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Memakai pakaian berona sedondon serta meminta orang di luar sana mendoakan agar perbicaraan kes dipermudahkan, netizen berpendapat tindakan aktor dan aktres itu sebagai memalukan.

Malah, tindakan Ruhainies melemparkan senyuman ketika hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lanjutan bon jamin terhadap kes khalwat mereka yang dilapor berlaku di sebuah kondominium mewah di sini, pada 9 Mac lalu sebagai menjengkelkan.

     

Terdahulu, Ruhainies dan Aliff membuat pengakuan tidak bersalah ketika tuduhan dibaca di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur di hadapan hakim, Abu Suffian Abu Yaziz, sebentar tadi.

Pendakwaan pula dibuat oleh Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) iaitu Mohd Nahar Mohamad dan Masroha Duki.

Prosiding akan diteruskan dengan perbicaraan dengan kehadiran saksi daripada pihak tertuduh.

Mahkamah menetapkan 17 Oktober depan sebagai tarikh seterusnya dan bon jaminan dilanjutkan sehingga tarikh tersebut.

Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya, seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN:”Bangganya… Siap Minta Orang Doakan” – Warganet Kurang Senang Ruhainies & Aliff Aziz Hadir Ke Mahkamah Dengan Senyuman, Pakai Warna Sedondon

ARTIKEL BERKAITAN:Aliff Aziz Sedih Ibu Diserang Netizen – “Berpada-Padalah Dalam Mengeluarkan Kata-Kata”

ARTIKEL BERKAITAN:”Tak adalah, hal itu pun merepek. Makin lama makin merepek.” – Ruhainies

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 12 Nov 2019

KARD Rocked On Sunway Pyramid at the Launch of New Colourways for ASICS GEL-BND!

KARD puts up an electrifying performance to celebrate ASICS GEL-BND comeback

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Kim Woo Bin -Shin Min Ah Kahwin?

Tak sabar nak tengok majlis resepsi diorang!

Hiburan Thu, 17 Jan 2019

Kanye West and Kim Kardashian Expecting Fourth Child

She told people during a Christmas Eve party while drunk.

Eat Travel Tue, 28 May 2019
Hiburan Thu, 28 Feb 2019

‘I Tak Nak Tegakkan Benang Basah’- Oktovia Manrose Mohon Maaf Kepada Isteri Aliff Aziz

Oktovia berharap agar masalah antara Aliff dan Bella dapat diselesaikan dengan baik dan mendoakan hubungan pasangan itu pulih seperti sedia kala.

Hiburan Sat, 24 Nov 2018

#SFMM33: Perlahankan Aktiviti Seni Sekejap, Ben Ladin Mahu Fokus SPM

Lepas SPM boleh kembali all out, Good Luck Ben Ladin!

error: Content is protected !!