Euforia Bola 2026
8TV By: Aqilah Paharuzi July 10, 2024 @ 1:02pm

Program ‘Jasmine Project Love’ Salur Sumbangan RM200,000 Kepada 24 Penerima Yang Memerlukan

Bersempana dengan sambutan ulang tahun ke-20 8TV, program Jasmine Project Love telah menyalurkan dana kepada 24 penerima yang memerlukan.

Penerima sumbangan juga turut diraikan dalam satu majlis pengharagaan yang rutu dihadiri oleh Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid bertempat di Avante Hotel, Bandar Utama, semalam.

Hasil sumbangan orang ramai diperoleh melalui Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP berjaya mencecah hampir RM200,000.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, Puan Nini Yusof berkata pihaknya akan terus komited untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Menerusi program ini, kami telah menyediakan platform untuk orang ramai membuat sumbangan. Kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menghulurkan sumbangan kepada Jasmine Project Love.

“Kami akan kekal komited untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat kami dengan memberi kembali kepada masyarakat dan menggalakkan lebih ramai orang membantu demi masa depan yang lebih baik,” katanya.

Jasmine Project Love memaparkan kisah masyarakat yang diuji dengan cabaran hidup serta bermatlamat untuk menghulurkan bantuan serta sedia mendengar keluhan mereka.

Musim pertama Jasmine Project Love yang sudah ditayangkan bermula 1 Januari lalu menampilkan 24 episod memaparkan kisah masyarakat yang diuji dengan cbaran hidup serta bermatlamat untuk menghulurkan bantuan serta mendengar keluhan mereka.

Rentetan daripada kejayaan ini, 8TV akan meneruskan misi amal tersebut dengan memulakan penggambaran musim kedua menjelang akhir tahun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 17 Nov 2022
Hiburan Sat, 19 Feb 2022
Featured Fri, 27 Jan 2023
Featured Mon, 31 Oct 2022

[VIDEO] Yasmin Hani Akui Sanggup Berlapar Asalkan Kebersihan Rumah Terjaga – “Dapur Berasap Tapi Kotor Berlemuih?”

Wahh, mesti rumah Yasmin Hani berkilat ni 🤩 Harus dipuji ni sebab tak semua orang ada kemahiran dalam mengemas okayh! 🤪

Featured Wed, 3 Aug 2022

Netizen Persoal Niat Izara Aishah Berhasrat Mahu Menetap & Meninggal Di Madinah?

Alamakk, bukan ke ini satu niat yang baik tapi lain pula jadi ni.. Apapun, moga impian Izara akan tercapai

Featured Fri, 3 Feb 2023

Sissy Imann Menyesal Jual Album Harga RM20 – “Kalau Nak Untung, Baik Saya…”

Sebab tu kalau emosi tak boleh buat keputusan kan.. Kita jadikan semua ni satu pengajaran

Featured Mon, 29 May 2023

Netizen Luah Rasa Kurang Senang Bila Fasha Sandha Kongsi Foto Bersama Kazar

Alamakkkk! Ramai pula yang suruh Fasha delete gambar dengan Kazar 😅

error: Content is protected !!