Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 12, 2024 @ 10:45am

Gagal Lunas Pinjaman, Jovian Mandagie Diarah Bayar RM10 Juta

Pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar RM10 juta kepada dua syarikat dalam kes saman membabitkan pinjaman persahabatan.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh media, Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin membuat keputusan itu pada 2 dan 4 April selepas membenarkan permohonan Bina Pragmatik Sdn Berhad dan Cekap Air Sdn Bhd untuk memasukkan penghakiman terus terhadap Jovian.

Penghakiman terus diperoleh apabila mahkamah memutuskan kes melalui hujahan bertulis tanpa perbicaraan penuh dan memanggil saksi.

Bagaimanapun, Jovian telah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu pada 30 April lalu.

Memetik Laporan Harian Mero, Jovian disaman secara berasingan oleh kedua-dua syarikat pada 16 Mei 2023 selepas didakwa gagal membayar semula wang RM5 juta yang dipinjamkan atas dasar pinjaman persahabatan.

Pernyataan tuntutan menyatakan Jovian adalah kenalan kepada Pengarah Cekap Air iaitu Yong Zhen Wei dan Pengarah Bina Pragmatik iaitu Azirul Salihin.

Cekap Air mendakwa ia telah meminjamkan RM5 juta kepada Jovian atas permintaan lisan ahli perniagaan itu pada 25 Februari 2022 dengan memindahkan wang ke akaun pelanggan firma guaman yang mewakili pereka fesyen berkenaan.

Bina Pragmatik pula mendakwa ia telah meminjamkan RM5 juta kepada Jovian pada 25 Mac 2022 dengan memindahkan wang itu ke akaun pelanggan firma guaman yang sama.

Menurut kedua-dua syarikat, firma guaman itu mengesahkan penerimaan wang tersebut.

Kedua-dua plaintif berkata, pinjaman persahabatan itu perlu dilunaskan dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan.

Pinjaman diberi secara Lisan

Mereka mendakwa pinjaman itu diberi dan dilakukan secara lisan serta kasual kerana plaintif dan defendan adalah kenalan dan tidak ada sebab untuk meragui Jovian kerana pereka fesyen itu memiliki beberapa perniagaan lain.

Ketika itu, Jovian juga adalah menantu Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, kedua-dua plaintif mendakwa defendan telah memungkiri perjanjian pinjaman itu dan sehingga kini gagal membayar semula atau memulangkan kembali wang berkenaan sehingga menyebabkan mereka mengalami kerugian.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Sat, 5 Nov 2022

Suami Salamiah Hassan Meninggal Dunia

Suami kepada penyanyi veteran Salamiah Hassan, Gerry Hughes disahkan meninggal dunia pagi semalam. Berita sedih itu dikongsikan sendiri oleh anak penyanyi itu, Atilia Haron yang juga merupakan seorang selebriti. Memetik laporan Harian Metro, Atilia memaklumkan […]

Contest Mon, 28 Oct 2019

xtra好康头 | 送你云顶世界《尸速列车》鬼屋入门票

xtra好康头 将送你云顶世界《尸速列车》鬼屋入门票,让你向自己的胆量极限发起挑战!

Events Mon, 10 Sep 2018

#FindDali: Finally, We Found Dali!

Dali finally revealed him/herself…can you guess who it is? #FindDali

Hiburan Mon, 7 Oct 2024

Usaha Pujuk Fazura Tak Berhasil, Fattah Amin Terkilan Dihalang Masuk Rumah – “Call & WhatsApp Tak Jawab”

‘Hampir setiap hari saya berusaha untuk menghubungi Fazura’ – Fattah Amin

Featured Sat, 28 Mar 2020

44 kes positif COVID-19 sembuh dan dibenarkan pulang

Rekod harian tertinggi dicatatkan

Hiburan Thu, 17 Oct 2019

“Takkan Simpan Bubuh Jadi Keychain!” – Elfira Loy

Netizen pun kadang-kadang suka serkap jarang..

Hiburan Wed, 21 Jun 2023
error: Content is protected !!