Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 12, 2024 @ 8:56pm

Kisah Lucu 3 Gadis Gangster Dalam ‘Dara & The Gang’ Eksklusif Di Tonton!

Bersedia untuk tersenyum lebar dan terhibur dengan drama terbaru Dara & The Gang? Ikuti kisah kegilaan dan keceriaan Dara, lakonan Shasha Abedul dan geng kampungnya yang penuh kenakalan dalam komedi segar ini.

Bersiaplah untuk menonton kisah lucu dan penuh warna yang akan mengisi hari Isnin hingga Rabu anda bermula 15 Julai 2024, eksklusif hanya di Tonton!

Shasha Abedul yang dikenali mempunyai perwatakan ayu dan manja, diberi cabaran memegang watak nakal yang tentunya mencuit hati penonton.

Ditambah pula dengan geng sekampungnya Busu (Erysha Emyra) dan Bedah (Arena Wan) serta rakan-rakan barisan pelakon lain seperti Chubb-E, Cat Farish dan Enot, kenakalan mereka membangkitkan nostalgia kenakalan zaman remaja.

SINOPSIS

Dara & The Gang mengisahkan mengenai kehidupan harian Dara, seorang gadis yang sempoi dan lucu. Kenakalan Dara, Busu dan Bedah ini telah menyebabkan mereka sangat terkenal dalam kalangan orang kampung.

Terutamanya Dara, yang mendapat gelaran ‘Dara Gangster’ yang diberikan oleh Wan Saari (Apit Wan Lebo) kerana nampak Dara sedang bermain mercun dan secara tidak sengaja menyebabkan motosikal Pak Imam terbabas ke dalam parit. Sejak insiden itu, nama ‘Dara Gangster’ terus melekat di mulut penduduk kampung!

Namun, kehadiran Rizal (Chubb-E), seorang posmen yang kacak, telah menjadi titik permulaan bagi Dara untuk membuka buku baharu dan berubah perangai menjadi lebih sopan.

Kenakalan Dara menarik perhatian Rizal dan tanpa disedari dia telah jatuh hati kepada Dara.

Menurut Shasha Abedul yang memegang watak Dara, dia seronok dengan watak yang diberikan oleh pengarah.

“Watak Dara yang saya pegang kali ini adalah lebih sempoi dan kelakar dan membuatkan saya terkenang zaman nakal masa kecil dulu. Ramai yang kata raut wajah saya yang lembut dan tertanya-tanya boleh ke Shasha Abedul ni bawakan watak lain?

“Sudah tentulah boleh! Sebab impian saya nak menjadi pelakon yang versatil yang boleh bawakan pelbagai watak seperti serius, naif, antagonis dan macam-macam lagi. Dapat pula gang sekepala seperti Erysha Emyra dan Arena Wan, buatkan penggambaran ni rasa enjoy sangat. Jangan lupa tau untuk tengok saya sebagai Dara Gangster nanti,” katanya.

Drama komedi 13 episod ini merupakan terbitan Wiranusa Corporation Sdn Bhd dan diinspirasikan oleh novel yang berjudul Dara Gangster And The Gang nukilan Amarilis Rahim.

Drama yang diarahkan oleh Zul Huzaimy dan skrip pula hasil nukilan Dr. Mohd Shahremy Ikmal.

Jangan terlepas menyaksikan lakonan Shasha Abedul, Erysha Emyra dan Arena Wan, bakat muda yang menyerikan persada seni dalam Dara & The Gang.

Tandakan kalendar anda dengan Dara & The Gang bermula 15 Julai 2024, setiap hari Isnin hingga Rabu di platform Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store. Anda juga boleh strim Tonton secara HD eksklusif di Smart TV.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 20 Apr 2020
Trending Sun, 1 Aug 2021

“Dulu Dia Kecam Saya, Alih-Alih Dia Busking Cari Rezeki Nyanyi Lagu Saya” – Harry Khalifah Bangga Dengan Lagu Genre ‘Leman’

Penyanyi dan komposer Harry Khalifah mengakui berbangga dengan genre muzik ‘kampung’ yang dibawakan olehnya. Biarpun genre terbabit kadangkala dikritik netizen, karya yang dihasilkan oleh Harry semuanya ikhlas untuk peminat yang disayangi. “Saya berbangga nyanyi dan […]

Hiburan Tue, 4 Jun 2019
Hiburan Wed, 16 Jul 2025

Anak Dikritik Tomboy, DSV Doa Cik B Jadi Seperti Arwah Nurly Shahirah – “Hidup Penuh Cinta Pada Al-Quran”

DSV bidas netizen kritik Cik B tomboy, harap jadi seperti Arwah Nurly Shahirah

Hiburan Sun, 7 May 2023
Hiburan Mon, 22 Jul 2019

‘Syukur Peminat Belum Jemu’- Dayang Nurfaizah

Dayang yang menggayakan empat busana rekaan Datuk Rizalman Ibrahim juga berharap peminat yang tidak berkesempatan untuk menonton konsert di Istana Budaya dapat hadir di Singapura pada 28 Disember depan. 

Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] Muncul Dalam MV Kekasih Pujaan Berbaju Melayu, Nur Sajat Bangga Sejak Kecil Jadi Rebutan – “Korang Tak Mampu Nyah”

Sajat tanya muka korang ada masuk video klip? Korang mampu? 🔥Ramai betul puji Sajat hensem eh…

Featured Wed, 29 Nov 2023
error: Content is protected !!