Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 9, 2018 @ 5:19am

Kena Kecam Hebat, Pegawai Akhbar KBS Undur Diri…

Ekoran kecaman hebat, pegawai akhbar Menteri Belia dan Sukan, Numan Afifi mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.

Numan berkata, keputusan itu diambil ekoran kecaman dan ancaman hebat oleh ejen propaganda pembangkang, menyebabkan mustahil untuk dirinya menjalankan amanah diberi.

Katanya, dia mengambil keputusan menolong sahabatnya, Syed Saddiq Abd Rahman sebagai Pegawai Akhbar sementara dan akan menyerahkan tugas menguruskan akhbar dan media kepada Setiausaha Akhbar baharu yang akan dilantik secara rasmi dalam masa terdekat.

“Saya mengambil keputusan tidak bertugas secara rasmi di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan akan ke luar negara dalam masa terdekat bagi menentukan apa hala tuju selepas ini.

“Saya berhasrat mengulang dan menegaskan kenyataan Syed Saddiq bahawa setakat ini belum ada sebarang pelantikan rasmi di pejabat menteri.

“Menjawab mengenai isu beberapa nama tertera di laman web rasmi KBS, saya dimaklumkan terdapat unsur sabotaj dan siasatan dalaman sedang dijalankan serta difahamkan tindakan tegas akan diambil ke atas pesalah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Numan turut berterima kasih kepada Syed Saddiq yang memberinya peluang sepanjang kempen pilihan raya di Muar dan fasa transisi di KBS dan menganggap ia satu penghormatan untuk dirinya.

Beliau berkata, masalah itu tidak harus dipanjangkan lagi dan Syed Saddiq juga menghormati keputusan berkenaan.

“Mudah-mudahan kita dapat hidup bermasyarakat di Malaysia yang meraikan kepelbagaian tanpa prejudis,” katanya.

Sementara itu, Numan adalah pentadbir bagi kumpulan WhatsApp untuk menyelaraskan jadual kerja Syed Saddiq dan pihak media selepas Ahli Parlimen Muar itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Difahamkan, Numan juga sebelum ini memperkenalkan diri sebagai ‘pegawai akhbar’ kepada menteri muda berkenaan.

Namun, pelantikan tidak rasmi itu mencetuskan kritikan sesetengah pihak yang mendakwa Numan memperjuangkan hak ‘Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual’ (LGBT) serta tidak sepatutnya dilantik sebagai kakitangan KBS.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Dec 2022
Featured Thu, 23 Feb 2023

Tular Foto Merisik, Zara Zya Pilih Kunci Mulut – “Belum Waktunya Lagi”

Betul ke netizen kata Datuk Alha Alfa yang merisik tu? 🤔

Hiburan Thu, 3 May 2018

“We Made It To Kuala Lumpur” – Dua Lipa Akhirnya Teruja

Teruja!  Ini mungkin antara perasaan peminat-peminat beliau pada ketika ini terhadap penyanyi yang mula menempa nama di pentas antarabangsa melalui lagu New Rules nya. Dua Lipa yang kini berada di Malaysia sempena konsert jelajahnya hari ini […]

Featured Mon, 19 Dec 2022
Featured Tue, 14 Feb 2023
Hiburan Fri, 8 May 2026

Kristal OG Bukti 25 Tahun Masih Berbisa, Zepp KL Dibanjiri 2,500 Peminat

Lebih 2,500 peminat memenuhi Zepp Kuala Lumpur pada 1 Mei lalu bagi menyaksikan Konsert Kristal OG 25 Tahun Perjalanan.

Featured Tue, 7 Dec 2021

Wanita Genit Pernah Tular Di TikTok Kini Berbadan Dua Curi Perhatian Netizen

Cinta sejati lahir dari hati yang ikhlas, bukan berdasarkan pada aspek fizikal mahupun luaran seseorang. Sebelum ini, kisah mengenai seorang wanita ini pernah tular kerana disangka budak kecil atau pelajar sekolah rendah menjadi tumpuan netizen […]

LIFESTYLE Wed, 13 Nov 2019
error: Content is protected !!