Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 15, 2024 @ 11:35am

Tempoh Reman Pasangan Pempengaruh Seleweng Kutipan Derma Dilanjutkan

Pasangan suami isteri pempengaruh yang ditahan pada 10 Julai lalu susulan dakwaan menyeleweng duit kutipan derma awam dilanjutkan.

Memetik laporan Harian Metro, perintah sambung reman selama tiga hari sehingga 16 Julai itu dikeluarkan Majistret Siti Zahirah Zaidon selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  di Mahkamah Majistret Putrajaya tamat pada Ahad lalu.

Kesemua suspek iaitu tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20-an hingga 30-an telah ditahan SPRM pada 10 Julai lalu kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.

“Suspek yang juga pasangan suami isteri dipercayai melakukan perbuatan itu sejak 2020 dengan menyeleweng kutipan derma yang tidak disalurkan dengan cara yang betul.

“Dianggarkan kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta dan siasatan masih di peringkat awal dan pada masa yang sama, dua lagi suspek turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes yang sama,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan sambungan tempoh reman itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 1 Apr 2019
Featured Fri, 3 Sep 2021
Events Mon, 2 Apr 2018

Adakah Komen Edry, Punca Ayie Tersingkir?

Cuba mempersembahkan kelainan pada konsert kali ini, juri tetap iaitu Edry Abdul Halim menyifatkan persembahan Ayie adalah sesuatu yang merepek

Hiburan Wed, 23 Jan 2019
Featured Tue, 7 Nov 2023
Hiburan Mon, 25 Dec 2017

《RM》不能停播的理由?一张图令韩国网友服了

根据台湾媒体《星光云》的报导,韩国综艺节目《Running Man》原宣布于2月停播,不过后来6位成员刘在石、哈哈、金钟国、宋智孝、李光洙、池锡辰等主持群决定「跑下去」,并加入新血梁世灿、全昭旻。虽然在复播后,低迷的收视成为关注焦点,不过近日有网友PO出一张图表,成功解释“《RM》不能停播的理由”。

Trending Mon, 30 Nov 2020
error: Content is protected !!