Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 15, 2024 @ 1:19pm

Timbul Dakwaan Warganet Dedah Sisi Gelap Aisyah Hijanah? Label Bos Dari Jahanam Gara-Gara Kerap Maki Hamun & Berhentikan Pekerja?

Seorang individu tampil melakukan dakwaan dan mendedahkan sisi gelap pempengaruh popular Aisyah Hijanah sebagai majikan.

Menerusi ciapan yang dibuat di platform X, individu yang dikenali sebagai Mimi Asmara mendakwa, Aisyah merupakan seorang majikan yang toksik dek kerana suka memecat pekerjanya.

Dakwanya, tindakan tersebut dianggap sebagai ritual tahunan kerana Aisyah juga akan tampil dengan pelbagai alasan agar pekerjanya meletakkan jawatan.

“Aisyah Hijanah bos dari Jahanam. Boys and girls, penjagaan kesihatan mental anda harus menjadi keutamaan. Terutamanya dalam suasana kerja yang toksik dengan bos dan rakan sekerja yang sukar. Tiada pekerjaan yang patut menjejaskan ketenangan mental anda,” dakwanya dalam ciapan di X.

Dalam hantaran sama, Aisyah juga didakwa menganiaya pekerjanya termasuklah tidak membayar gaji penuh, bersikap kasar dengan memaki hamun dan menjerit di dalam pejabat.

Namun, tindakan itu bagaimanpun tidak disebarkan oleh pekerjanya memandangkan mereka takut disaman oleh pihak majikan.

“Bulan Ogos hingga Oktober 2023 tahun lepas lebih kurang 15 orang staff berhenti dalam masa terdekat disebabkan perangai gila dia.

“Bila dah berhenti, dia akan cuba untuk tolak pula gaji staff dengan pelbagai alasan mengarut yang tak masuk akal. Selagi boleh tolak dia memang akan tolak.

“Boleh dikirakan tiap tahun 2 atau 3 kali dia akan menjerit dan maki-maki staff. Memang jauh beza dengan perwatakan yang dia bawa dekat media sosial.

“Ramai staff nak cuba bongkarkan hal dia, voice recording dia maki staff pun ada tapi risau akan disaman  kalau viralkan,” dakwanya lagi.

 

Sementara itu, tangkap layar komen daripada bekas pereka grafik syarikat milik Aisyah juga turut disertakan.

Menerusi dakwaan tersebut, dia tidak menggalakkan orang ramai untuk memohon pekerjaan di syarikat terbabit disebabkan Aisyah kerap membuat keputusan disaat-saat akhir selain turut bercakap belakang dan mengutuk pekerjanya.

Tidak habis disitu, Aisyah juga didakwa sanggup menunggang agama demi memiliki kehidupan yang mewah.

“Impian Aisyah Hijanah membawa ibu dan adik lelakinya keluar dari belenggu kemiskinan selepas kematian bapaknya, Dr Azahari Husin.

“Tapi caranya salah, seperti bapanya Aisyah Hijanah juga menunggang agama untuk kepentingan peribadi,” kongsinya.

 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet terkejut dengan pendedahan yang diberikan oleh individu terbabit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 13 Mar 2020

Elak anak jadi ‘penagih’ sejak kecil!

Jangan biarkan gajet musnahkan masa depan anak.

Featured Mon, 19 Jan 2026

“Saya Tidak Salahkan Sesiapa, Allah Pilih Bumi Anbiya Sebagai Tempat Terakhirnya” – Suami Allahyarham Nadia Kesuma

Meskipun sedih dengan pemergian isteri tercinta, Nadia Kesuma, suaminya, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah menzahirkan rasa reda dengan ujian yang menimpa.

Trending Thu, 11 Oct 2018

Ditipu Teman Lelaki, Lihat Tindakan Gadis ‘Kental’ Ini!

Tak semua benda yang kita rancang tu akan jadi kenyataan. Betul, hati manusia ni berubah-ubah. And betul, tak semua lelaki ni trash. Tapi lelaki yang aku dapat ni trash. Thanks bruh…

Trending Mon, 16 Apr 2018

Untuk Masa Depan, NASA Cari Planet Tampung Hidupan

Jadi untuk beberapa tahun akan datang, kita mungkin boleh berjalan dan menuding ke arah bintang yang memiliki planet. Ini adalah masa depan!

Hiburan Fri, 26 Apr 2019

‘Apa Faedah Bawa Artis KPOP Datang Sini?’- Datuk Awie Tempelak Tindakan Menteri?

Tahun Melawat Malaysia tapi artis luar pula yang dijemput. Kenapa agaknya ya?

Hiburan Fri, 8 Nov 2019

Pesan Yung Raja Dalam ‘Mad Blessings’

“Stay Blessed” telah menjadi satu cogan kata media sosial yang lapuk seketika tapi kini, Yung Raja, telah menghidupkan mantera yang memberi erti bersyukur dan dirahmati.

Trending Wed, 2 Oct 2024
error: Content is protected !!