Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 16, 2024 @ 3:21pm

Kenyataan Nafi Tinggal Serumah Dengan Bekas Suami, Ibu Aliff Aziz ‘Respect’ Nora Danish?

Tindakan pelakon jelita, Nora Danish membuat kenyataan pada Isnin bahawa dia menafikan tinggal serumah dengan bekas suaminya, Nedim Nazri mencuri perhatian ramai pihak.

Ini termasuklah, ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahril yang kelihatan memuat naik semula tangkap layar perkongsian Nora di ruangan Instagram Stories miliknya.

“One word, RESPECT,” tulisnya.

Meskipun tidak mengulas lanjut mengenai hantaran tersebut, namun muat naik yang dibuat pelakon drama rantaian Puteri itu disifatkan sebagai tegas dan ‘straight forward’.

Terdahulu, Nora menegaskan dia tidak kisah jika bekas suaminya itu dilihat bersama mana-mana wanita lain dan dia juga tidak mahu ada pihak di luar sana menyampaikan berita mengenai keberadaan Nedim kepadanya.

Ini kerana, keputusan perceraian antara mereka adalah permintaan Nora sendiri selain masing-masing sudah menjalani kehidupan yang berbeza.

“Saya tidak tinggal serumah dengan Nedim dan tidak akan tinggal bersama kerana kami sudah bercerai.

“Dan tidak mengapa jika kelihatan dia bersama wanita-wanita lain kerana perceraian ini adalah permintaan saya. Jadi biarlah dia dan kehidupannya. Jangan sampaikan kepada saya okay.

“Masing-masing dah melalui jalan berbeza. Kami hanya rapat atas urusan anak-anak. Tidak lebih, harap maklum,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tidak Mengapa Jika Kelihatan Dia Bersama Wanita-Wanita Lain… Jangan Sampaikan Pada Saya” – Nora Danish Nafi Tinggal Serumah Dengan Bekas Suami

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Kritik Kediaman Kecil Seperti Sarang Burung, Ibu Aliff Aziz Respons – “Ini Rumah Pencen, Bayar Penuh Sebab…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Aug 2019
Featured Thu, 30 Apr 2020
Featured Tue, 26 Apr 2022
Hiburan Sun, 10 Mar 2024
Trending Wed, 25 Sep 2019

Dua Peluncur Ombak dari Cherating Mengejar Ombak ke Sri Lanka

Latih-tubi untuk persediaan ke Sukan SEA…

Hiburan Fri, 18 May 2018

Ke Mana Hilangnya Aura Ayda Jebat?

Makin lama makin terasa kehilangannya , adakah ingin berehat dari karier seni

Hiburan Tue, 9 Jun 2026

Penampilan Gaun Kuning Dikritik, Abang Syed Saddiq Tampil Pertahankan Bella Astillah – “Leave Her Alone”

abang kepad Saddiq iaitu Syed Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Truedollah tampil mempertahankan tunang adiknya itu. 

Trending Mon, 6 Jul 2020
error: Content is protected !!