Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Aqilah Paharuzi July 17, 2024 @ 6:38pm

Anak Murid Nur Farah Kartini Kongsi Pesanan Terakhir Arwah – “Jangan Pendam Perasaan, Luah Pada Orang Yang Boleh Dipercayai”

Salah seorang anak murid wanita hilang yang dijumpai mati dibunuh, Allahyarham Nur Farah Kartini, 25, telah berkongsi mesej terakir diterimanya menerusi pautan di TikTok, baru-baru ini.

Berdasarkan hantaran tersebut, individu yang dikenali oleh Tasya itu berkongsi foto bersama arwah Farah bersama tangkapan skrin mesej daripada Farah.

Dalam mesej tersebut, Farah menasihati anak muridnya yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk berhati-hati dalam memilih rakan.

“Cikgu nak awak sentiasa kuat. Jangan sedih-sedih tau. Awak nak SPM nanti, fokus belajar. Kalau awak takut tak ada kawan, awak cari kawan yang awak boleh percaya. Kalau tak ada pun, awak cari kawan yang hanya sekadar kawan bagi awak.

“Maksudnya masa bila dia ada, adalah tu. Kalau tak ada, biarkan dia. Awak just cari circle awak yang sesuai dengan diri awak je. Orang ni kita tak boleh nak menilai, sebab manusia ni cepat berubah. Lagi pun semua dah besarkan,” katanya.

Dalam muat naik sama, arwah Farah turut berpesan agar anak muridnya itu tidak terus memendam perasaan, sebaliknya dia perlu meluahkan isi hatinya kepada orang yang boleh dipercayai.

“Sekarang ni hanya di fasa kita nak bina masa depan kita ni macam mana. Tak ksisah orang sekeliling kita ni macam mana sekali pun, yang penting itu diri kita. Kita berjaya suatu hari nanti kita akan jumpa lagi ramai orang.

“Sekarang ni, kalau awak rasa keseorangan tak apa, teruskan. Tapi satu cikgu nak pesan, awak jangan memendam sangat perasaan tau. Tak baik untuk emosi awak nanti.

“Sekurangnya awak cari orang yang awak percaya untuk awak luahkan apa yang rasa. Cikgu doakan yang terbaik untuk awak tau. Cikgu percaya awak pelajar yang baik. Kalau awak nak kongsi apa-apa cerita dengan cikgu pun, cikgu okay saja,” katanya.

Allahyarham Farah ditemui mati di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor kira-kira 6 petang, Selasa lalu selepas dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu.

Suspek berusia 26 tahun direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, suspek adalah seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Slim River, Perak.

Artikel Berkaitan: Berang Diugut Dedah Hubungan Sulit Kepada Isteri Suspek Disyaki Punca Nur Farah Kartini Dibunuh?

Artikel Berkaitan: “Mati Rasa Hanya Kerana Dikecewa & Disia-Sia” – Status Terakhir Nur Farah Kartini Tular Di Media Sosial, Ramai Luah Rasa Sayu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 21 Dec 2020
Hiburan Wed, 7 Jan 2026

Fedtri Yahya Kesal Lirik Lagu Berunsur L*cah – “Perlu Ada Batasan Kerana Ia Mengaibkan”

Fedtri Yahya kecewa lirik lagu berunsur lucah dalam dangdut

Featured Wed, 23 Nov 2022
Featured Mon, 6 Oct 2025
Featured Thu, 15 Dec 2022
Featured Tue, 3 Jan 2023

Bekas Isteri Dedah Luqman Hafidz Curang Punca Perceraian? – “Semoga Bahagia Di Atas Penderitaan Saya”

Jika benar bagai dikata, moga bekas isteri Luqman kekal tabah 🥲❤️

Events Thu, 15 Dec 2022

Pilih Sesuatu Ikut Keupayaan & Minat, Syamira Nazir Ingin Fokus Dalam Kerjaya

Pengacara Syamira Nazir yang mula mencari tapak dalam dunia seni menceburi sesuatu bidang mengikut keupayaan dan minat. Biarpun tidak muncul sebagai seorang pelakon di kaca televisyen, Syamira yang merupakan finalis Dewi Remaja 2019 memberitahu dia […]

error: Content is protected !!