Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 17, 2024 @ 6:45pm

Rita Rudaini Mohon Terbit Podcast Berilmu, Penggunaan Bahasa Kasar & Isu Sensitif Bukan Perkara Remeh – “Biar Santai Tapi Bagi Impak Positif”

Pelakon popular, Rita Rudaini menegur segelintir anak muda yang tampil dengan program bual bicara santai atau podcast agar menerbitkan kandungan yang memberi faedah terhadap masyarakat.

Menerusi hantaran di ruangan Instagram Stories miliknya, Rita berkata, isu sensitif termasuklah isu makanan beracun yang tular sebelum ini bukanlah perkara remeh sehingga menjadi ‘bahan’ gurauan bagi sesetengah masyarakat.

“Untuk adik-adik yang baru nak up yang teringin nak buat podcast, interview apa sahaja isu-isu, tolonglah berilmu. Kalau kata tak cerdik, nak marah merentan macam budak kecil. Sebab itu kalau filem ke, drama ke kita ada kategori seram, komedi, romantik dan lain-lain.

“Jadi kalau cerita seram takkan nak pergi letak dalam kategori komedi ataupun dokumentari. Agak-agaklah kalau topik sedih suspen nak gelak-gelak,” katanya.

Mengulas lanjut, Rita juga meluahkan rasa bimbang apabila tindakan tidak profesional yang ditunjukkan tetamu mahupun host program bual bicara tersebut menjadi ikutan kepada penonton terutamanya golongan anak muda.

“Niat asal kita nak bagi pengajaran pada orang tapi tak sampai. Kalau budak-budak yang tak ada akal macam perempuan tu tengok? ‘Eh best gak ni kena cuba ni letak racun dalam botol kicap, gempak kot!’. Dengar cerita gelak-gelak macam ‘fun’ sangat ni,” kongsinya.

Terdahulu, Rita menerusi hantaran yang berlainan juga ada memuat naik tangkap layar portal hiburan popular mengenai tindakan seorang individu wanita yang mengaku meletakkan racun ke dalam makanan pelajar sekolah.

“Benda macam ni TAK KELAKAR. Jangan pula lepas ni ada yang cerita kena rogol sambil gelak-gelak,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Nov 2018
Featured Thu, 16 Aug 2018
Featured Fri, 16 Jan 2026

“Sudah Lah Tu Nak Bergaduh Sesama Islam, Ada Cara Yang Lebih Beradab Untuk Tegur Cegah Kemungkaran” – Isa Khan

Menurut Isa, niat menegur itu baik, namun cara yang digunakan perlu beradab dan tidak mengaibkan individu lain secara terbuka.

Events Tue, 26 Mar 2019

Make Your Date Night a Very Special One This Weekend with Hannah Lo and Ash Nair

Sometimes, we need other people to help us get more intimate with ourselves.

Featured Wed, 7 Sep 2022

[VIDEO] “Suka Tengok” – Netizen Doa Moga Ada Sinar Antara Pertemuan Singkat Ifa Raziah & Ustazah Asma’

Wahhh 🤩 Siapa potong bawang ni? Mata min tiba tiba berair tengok momen Ifa Raziah dengan Ustazah Asma’ 🥰🥺 Satu langkah yang baik 🥰 Insya-Allah

Hiburan Mon, 1 Jan 2018

Jun Ji Hyun Dijangka Bersalin Januari 2018

Katanya bakal menimang baby boy , Jun Ji Hyun bakal bersalin bulan depan

Featured Fri, 11 Oct 2024
Anugerah Fri, 20 Jan 2023
error: Content is protected !!