Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 17, 2024 @ 8:12pm

[VIDEO] Zarina Anjoulie Rindu Boss Ned, Ini Respons Nora Danish – “Saya Tak Mempunyai Sebarang Masalah Kerana…”

Pelakon cantik, Nora Danish menyifatkan ucapan ‘I miss you’ aktres Zarina Anjoulie kepada bekas suaminya, Nedim Nazri hanyalah sekadar luahan rindu seorang teman.

Menurut Nora, Zarina yang mesra dikenali dengan nama Anju dan Nedim sudah lama mengenali dan menjalinkan persahabatan.

Sudah tidak mempunyai kaitan dengan bekas suaminya, pelakon sitkom Puteri ini juga tidak kisah sekiranya Anju dan Nedim mempunyai hubungan lebih daripada seorang sahabat.

Nora Danish tak ada masalah.

“Saya tak ada masalah dengan perkara terbabit. Saya percaya mereka memang sudah berkawan lama, malah lebih lama sebelum Nedim bersama saya lagi. Mereka seperti sahabat baik. Saya juga tak mempunyai sebarang masalah kerana hubungan Anju dan saya baik-baik sahaja.

“Jadi apabila Anju memuat naik hantaran seperti itu saya hanya menganggap ia hanya sebagai seorang kawan yang merindui sahabatnya. Lagi pun, pada waktu itu Nedim sedang sakit. Tapi, sekiranya mereka nak lebih daripada berkawan pun, saya tidak kisah. Saya sudah tak ada hubungan dengan bekas suami,” katanya ketika ditemui di sidang media drama bersiri Perang Nasi Dagang pada Selasa.

Memberi respons mengenai hantaran Instagram Stories yang dimuat naik mengenai tuduhan masih serumah dengan Nedim, Nora menjelaskan dia kurang senang dengan dakwaan terbabit.

Kurang senang dengan tuduhan masih serumah dengan bekas suami.

“Sebenarnya, saya kurang senang apabila ada pihak menuduh saya masih tinggal sebumbung dengan bekas suami. Saya hanya menjaga Nedim ketika berada di hospital, namun apa yang lebih dikesali dakwaan tinggal sebumbung itu dibuat oleh rakan-rakannya sendiri.

“Saya terima mesej terlalu banyak. Apa yang buat saya kesal mereka dalam kalangan rakan-rakan saya. Mungkin mereka fikir masa Nedim sakit kami baru bercerai. Kami pun bercerai cara baik, jadi bila dia sakit saya jaga dia. Saya sudah lama bersama Nedim, jadi kami sudah biasa. Bila saya menjaga Nedim di hospital mungkin mereka fikir saya sudah kembali bersama Nedim.

“Sebab itu saya terpaksa mengeluarkan kenyataan terbabit di Instagram Stories untuk memberitahu kami tidak tinggal sebumbung. Ramai juga orang beritahu saya, mereka nampak Nedim dengan wanita lain. Saya cakap kenapa kena bagi tahu saya?

“Ramai juga yang mendoakan supaya saya kembali dengan Nedim semula. Tapi apa yang saya boleh katakan buat masa sekarang, kembali bersama bekas suami bukanlah apa saya fikirkan. Saya kini hanya mahu tumpuan kepada diri sendiri serta penghijrahan saya,” katanya.

Terdahulu, Nora memberitahu dia tidak lagi mencampuri urusan peribadi bekas suami termasuklah dakwaan dilihat bersama wanita lain serta memohon orang ramai tidak lagi bercerita kepdanya mengenai kehidupan Nedim.

Untuk rekod, Nora dan Nedim bernikah pada 30 Mac 2017 dan bercerai pada 16 Jun lalu.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 6 tahun.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli pada 2006 dan berpisah pada 2008. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Rayqal, 15 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Oct 2018

#ABPBH31: Khai Bahar Teringin Menang Kategori Sama Lagi

Nama tercalon sekali lagi dalam Penyanyi Lelaki Popular pun sudah membuatkan saya gembira. Alhamdulillah…

Featured Tue, 15 Aug 2023

“Dia Buka Aib Sendiri, Kenapa Saya Dipersalahkan? – Didie Alias

Sahabat yang baik akan selalu beri teguran, walaupun pedas

Hiburan Mon, 21 Oct 2019
Featured Wed, 16 Apr 2025

Angkat Tema Rock Balada, OST Blood Brothers ‘Bara Jiwa’ Tampil Gandingan Mantap Azlan Typewriter & Muaz Velvettones

Selari dengan tema dan emosi filem, Bara Jiwa menjadi suara batin yang membakar semangat watak-watak utama.

Hiburan Fri, 30 Mar 2018

Expensive Modern Art Piece Vandalised By Childish Wanna One Fans

The artwork costs more than RM2 million!

Trending Fri, 19 Jul 2019

Jatuh Cinta Pandang Pertama, Nick & Simon Pilih Malaysia!

Nick & Simon menjadikan Malaysia sebagai lokasi pertama untuk mula menapak di rantau Asia.

Featured Tue, 14 Feb 2023

Kesal Netizen Hambur Kata-Kata Tak Senonoh Kepada Isteri & Arwah Ibu, Jiran Dakwa Ali Puteh Ada Niat Buruk – “Dia Nak Rumah Tu”

Alamak, betul ke ni? Tapi kot ye pun, janganlah sampai menghina orang yang dah tiada 😭😭😭

Hiburan Wed, 12 Jun 2024
Drama Mon, 17 Feb 2020
error: Content is protected !!