Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 17, 2024 @ 8:30pm

Cubaan Bertapak Dalam Industri, Ayish Malkan Pertaruhkan Cinta Dicintai

Bakat baharu, Ayish Malkan muncul dengan single berjudul Cinta Dicintai yang baru sahaja dilancarkan pada 12 Julai yang lalu.

Menggunakan sepenuhnya khidmat Man Senoi sebagai penerbit naskhah ini, ia adalah gabungan idea NurRasa dan Sheikh Qalam yang bertindak selaku penulis lirik dan komposer yang diterbitkan oleh Fillea Music X Sony Music Malaysia.

Jelas Ayish, dia terbuka hati menerima tawaran menyanyikan Cinta Dicintai kerana lagu balada ini mengandungi bait-bait lirik yang puitis dan menyentuh sanubarinya selain melodi indah yang susun dengan baik.

“Saya gembira apabila dapat bekerjasama dengan mereka yang berpengalaman luas dalam bidang muzik. Banyak ilmu baharu yang diperoleh saat mula masuk ke studio rakaman. Setiap patah perkataan mempunyai maksud dan perlu disampaikan dengan cermat.

“Untuk video muzik pula telah dilaksanakan di Jakarta, Indonesia. Ini juga adalah pengalaman pertama saya dan dapat bekerja dengan kru berpengalaman. Sudah tentu semuanya dilakukannya sebaik mungkin untuk memberi kepuasan kepada pendengar,” katanya.

Mengimpikan untuk berduet bersama Ziana Zain ataupun Misha Omar, kedua-dua mereka mempunyai aura dan karisma tersendiri dan sangat dihormati oleh rakyat Malaysia.

“Saya sangat mengagumi cara mereka berdua menyanyi yang membuatkan saya senantiasa ternanti-nantikan buah tangan terbaru daripada mereka.

“Saya mahu menjadi seperti mereka satu hari nanti. Semoga Cinta Dicintai juga akan mampu membawa nama saya ke persada muzik tanah air seterusnya menjadi seperti mereka,” kata Ayish yang mengharapkan lagunya diterima baik oleh peminat.

Cinta Dicintai telah pun dilancarkan secara rasmi pada 12 Julai disemua pelantar digital. Video muzik pula boleh ditonton melalui YouTube Sony Music VEVO.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Feb 2024
Trending Wed, 13 Jan 2021
Featured Sat, 26 Oct 2024

Peminat ‘Penat’ Tunggu Lagu Baru,  Naim Daniel Mahu Berhenti Menyanyi?

Haa? Takkan lah Naim dah berenti menyanyi 😭😭😭

Selebriti Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Tue, 22 Oct 2019

网红Reiiko陈舒颐苦尽甘来!获颁亚洲网红大奖

网红Reiiko陈舒颐经营社交平台六年,苦尽甘来获颁「亚洲网红大奖」备受肯定!

Hiburan Sat, 2 Nov 2019

Fizz Fairuz Lebih Minat Watak Antagonis?

Dalam Kamar Kamariah, saya membawakan dua karakter yang jauh berbeza. Satu karakter lelaki baik manakala satu lagi watak jahat.

Hiburan Thu, 19 Feb 2026

“Kenapa Nak Tuduh Dia Tipu?” – Alicia Amin Pertahan Usaha Meerqeen Bina Badan

Alicia tidak dapat menahan sabar apabila ada pihak seolah-olah menuduh Meerqeen tidak jujur

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

崔始源有望回归! Super Junior 4月发片「MV已拍好」

韩国偶像团体Super Junior去年好不容易等到大部分成员退伍,去年底发行新专辑回归乐坛,却接连发生晟敏被粉丝抵制,以及始源家狗疑似咬伤人致死,最后仅有6人参与宣传活动,希澈更因脚伤无法表演,让粉丝感到难过,不过最新消息是始源已参与新专辑录音,SJ将在4月回归乐坛!

error: Content is protected !!