Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 23, 2024 @ 1:22pm

Kongsi Foto Berbusana Sedondon Serba Putih, Ruangan Komen Instagram Nina Ismail Sabri Dihujani Ucapan Tahniah

Selepas berkongsi berita gembira kononnya bakal menamatkan zaman solo tidak lama lagi, bekas isteri kepada pereka fesyen popular, Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri sekali lagi mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nina kelihatan memuat naik beberapa fotonya bersama jejaka pilihan hati yang dikenali sebagai Hafiz bersama-sama keluarga besarnya dalam persalinan berwarna putih seakan-akan sedang meraikan acara istimewa.

Meskipun tidak menyatakan secara khusus mengenai acara tersebut, namun ramai dalam kalangan rakan selebriti dan pengikut Nina membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah.

Sebelum ini,  Nina atau nama penuhnya, Nina Sabrina Ismail Sabri mengejutkan ramai pihak apabila membuat hantaran di platform sama dengan seorang jejaka sambil mengenakan pakaian sedondon berona, ungu.

Terdahulu, Datuk Jovian Mandagie mengumumkan dia dan isterinya, Nina Ismail Sabri sudah bercerai sejak Ogos lalu.

Memaklumkan menerusi Instagram miliknya, Jovian berkata, dia dan Nina yang juga anak bekas Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu berpisah secara baik.

Sekadar info, Jovian dan Nina berkahwin pada 11 Disember 2013.

Hasil perkongsian, pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 Sep 2023

Handal Didapur, Intan Najuwa Raih Pujian… Netizen Komen: “Semua Complete! Berbaloi Hantaran Mahal”

Pergh! Ni limited edition ni. Pandai belajar, masak, cantik pula tu👏👏👏

Hiburan Mon, 10 Jul 2023
Hiburan Fri, 20 Dec 2019
Hiburan Tue, 1 Aug 2023
Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Lebih Tenang, Mungkin Tutup Selamanya

Saya tutup sebab tak minat nak ambil tahu dengan pandangan netizen mengenai diri saya…

Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Hiburan Mon, 16 Sep 2019

Sambut Hari Jadi Suami…Anzalna ‘Belanja’ Pick Up Line Romantis!

Meskipun tidak seaktif dulu dalam bidang lakonan, kehidupan pelakon jelita Anzalna Nasir masih mendapat tumpuan peminat sehingga kini. Lebih-lebih lagi selepas menimang anak lelaki, Mohamad Eidrees, peminat sentiasa menantikan perkembangan terbaharu bayi comel itu. Sudah […]

Featured Sun, 16 Oct 2022
error: Content is protected !!