Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 29, 2024 @ 12:25pm

Video Bantu Kaum Wanita Berasak-Asak Depan Kaabah Tular Di Luar Negara, Hafiz Mahamad Dikecam Sebar Fitnah Pada Agama

Nama pempengaruh sensasi, Hafiz Mahamad sekali lagi mencetus perhatian selepas video mengenai dirinya berasak-asak membantu isteri, Syafiqah Aina dan pekerja wanita lain mencium Hajar Aswad tular di ciapan individu luar negara.

Menerusi akaun bernama Hindutva Knight di platform X, individu tersebut menganggap kandungan video yang dimuat naik Hafiz itu mempunyai unsur ‘gangguan seksual’ di Tanah Suci Kota Makkah.

“Women facing extreme harassment in the holiest site Mecca. Do you really think Masjid and Madrasas are safe for women?,” tulis individu berkenaan, baru-baru ini.

Malah, video tersebut tular di platform media sosial sehingga meraih sebanyak 5 juta tontonan.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di ruangan X, ramai dalam kalangan warganet meluahkan rasa berang dan kesal terhadap Hafiz yang dianggap telah mendatangkan fitnah kepada agama.

Hafiz Mahamad

Bagaimanapun, sehingga kini Hafiz tidak memberi sebarang respons mengenai isu berkenaan.

Namun begitu, dalam satu kenyataan awal Mac lalu Hafiz berkata video tersebut hanya bertujuan mewujudkan keberanian kepada sahabat untuk datang ke Makkah menunaikan ibadah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Niat Saya Nak Wujudkan Keberanian Pada Sahabat Untuk Datang Ke Makkah” – Dah Padam Video, Hafiz Mahamad Mohon Maaf

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 14 Oct 2023
Hiburan Thu, 12 Jul 2018

「草根追梦者」张恒远:追梦赤子心

没有光鲜亮丽的外表,也没有光环笼罩的过去;张恒远的成长历程,倾注着他对于音乐的执着和热爱!

Hiburan Fri, 10 May 2019

Hafiz Hamidun ‘Sihat’ Sebab Dah Jumpa Pengganti?

Akui Hafiz, dia kini dalam proses memilih. Wow siapa agaknya wanita bertuah tu?

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Featured Wed, 1 Feb 2023
error: Content is protected !!