Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin July 29, 2024 @ 4:07pm

Mahu Anak Membesar Depan Mata, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Selesa Tak Hantar Anak Ke Sekolah Berasrama – “Itu Saja Momen Yang Akan Saya Ada Dengan Mereka”

Pasangan pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mengaku lebih selesa untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah berasrama penuh memandangkan mahu melihat sendiri anak-anaknya membesar di depan mata.

Kata Aeril ketika ditemui XTRA, dia mengambil keputusan itu kerana merasakan ia adalah cara terbaik untuk dia dan isteri memantau keselamatan anak-anaknya.

Malah, dia juga sanggup bangun seawal jam 6.30 pagi untuk menghantar anaknya ke sekolah dek kerana tidak mahu terlepas momen tersebut yang dianggapnya tidak boleh diulang semula apabila mereka semakin meningkat dewasa.

“Sebenarnya masuk asrama ni bagus untuk anak-anak. Untuk dia lebih fokus. Tapi macam saya, lebih kepada spent time dengan mereka.

“Saya nak tengok mereka membesar depan mata walaupun sebenarnya lebih bagus masuk asrama.

“Tapi macam saya, rasa tak secure bila saya tak tengok sendiri tumbesaran anak depan mata. Lain mak bapa, lain pemikiran dia.

“Saya sanggup bangun pagi, pukul 6.30 pagi sebab mahu kan momen dengan mereka. Walaupun benda tu kita boleh je minta orang hantarkan, tapi saya rasa itu sahaja momen yang akan saya ada dengan mereka,” ulasnya.

Aeril berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran kolabrasi Coolblog X WAWA di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Mengulas lanjut ketika disoal mengenai isu buli yang semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat, Aeril bagaimanapun menjelaskan, peranan ibu bapa adalah amat penting terutamanya dalam menangani isu ini.

“Cakap pasal isu buli ni ia tidak berlaku di sekolah berasrama, tetapi boleh juga berlaku di sekolah harian. Jadi, Ibu bapa adalah yang paling utama memainkan peranan mereka selain sentiasa mengingatkan anak-anak supaya tidak terlibat dalam gejala buli,” katanya.

Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu, Ahmad Fakhruddin Attar, 10, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Soffya, 4, dan Muhammad Fahri, 3 tahun.

Kolaborasi Coolblog X WAWA

Dalam perkembangan lain, jenama minuman smoothie yang telah berada di pasaran selama 19 tahun iaitu Coolblog berkolaborasi dengan jenama kecantikan dan penjagaan diri tempatan terkemuka, WAWA.

Kolaborasi hebat ini memperkenalkan enam produk baru berasaskan Buah Epal yang bukan sahaja sinonim dengan kesegaran tetapi juga kecantikan iaitu, Very Apple Fizz, Green Apple Fizz, Very Apple Yoghurt, Green Apple Yoghurt, Very Apple Smoothie dan Green Apple Smoothie.

Selain itu, kolaborasi Wawa bersama Coolblog ini adalah untuk menyampaikan mesej mencintai diri sendiri dan kecantikan dari dalam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Sep 2022
Hiburan Tue, 14 Apr 2026

Puteri Sarah Terkesan Isu Wanita Hamil Dicurangi – “Faham Sangat, Been There”

Puteri Sarah memahami situasi berkenaan kerana dia pernah menghadapinya

Featured Wed, 8 Aug 2018

Adakah Evolusi Fesyen Muslimah Sekarang Selari Dengan Konsep Islam?

Jangan terlalu obses dengan trend hingga melanggar peraturan dalam Islam.

Featured Wed, 28 Dec 2022
Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Remy Ishak Bawa Diri?

Mana abang Remy pergi ni?

error: Content is protected !!