Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 30, 2024 @ 11:19am

“Daddy Misses You Beyond Words”- Aliff Aziz

Pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz meluahkan rasa rindunya terhadap dua anaknya, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di ruangan Instagram Stories miliknya, dia kelihatan berkongsi video pendek memaparkan dirinya sedang duduk diatas sofa sambil memangku kedua-dua anaknya.

Lebih menyentuh hati, Ayden dan Ara sempat mencium pipinya.

Dalam pada itu, Aliff sempat menulis kapsyen pada hantaran video berkenaan seolah-olah menggambarkan perasaannya pada katika itu.

“Daddy misses you beyond words. Daddy sayang abang dan adik,” tulisnya.

Sebelum ini, ibu kepada pelantun lagu Sayang-Sayang ini iaitu, Siti Hasfiza Bashaharil turut meluahkan perasaan rindu terhadap kedua-dua cucunya.

Malah, dia memaklumkan sehingag ke hari ini dia masih belum dapat berjumpa dengan mereka.

Sekadar info, Aliff  mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Bella Astillah pada 9 September 2016.

Bagaimanapun, pasangan ini disahkan bercerai pada 13 Jun lalu selepas isu tangkap khalwat Aliff dan Ruhainies tular.

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Aliff Aziz Dedah Tidak Dapat Berjumpa & Bercakap Dengan Cucu -“We Will Not Stop Trying To See You”

ARTIKEL BERKAITAN:Aliff Aziz Titip Ucapan Hari Lahir Buat Ruhainies – “Semoga Allah Membalas Setiap Kebaikan Yang Awak Lakukan”

ARTIKEL BERKAITAN:“Ni Ke BF Yang Nak 1 On 1 Tu?” – Aliff Aziz ‘Repost’ IGs Ruhainies Raih Perhatian

ARTIKEL BERKAITAN:“Bangganya… Siap Minta Orang Doakan” – Warganet Kurang Senang Ruhainies & Aliff Aziz Hadir Ke Mahkamah Dengan Senyuman, Pakai Warna Sedondon

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 Oct 2021
Featured Tue, 12 Mar 2024

Sambut Perayaan Nyepi, Rizky Febian Didakwa Murtad? Ini Jawapan Balas Mahalini – “Fitnah Itu Lebih Kejam Daripada Pembunuhan”

Mungkin juga Iky sekadar memeriahkan perayaan tersebut.. Jangan lah sampai tuduh murtad pula okay? Tak baik.😎✌️

Featured Wed, 25 Aug 2021
Hiburan Tue, 10 Apr 2018

陈慧琳《Be With You》MV拍到流两行眼泪

Kelly陈慧琳继《尾站天国》后,接力推出本年度第二主打《Be With You》,亲自上阵演出MV的她,极考内心戏拍到流两行眼泪。

Eat Travel Fri, 4 Jan 2019
Hiburan Wed, 17 Apr 2019

Labur Ratusan Ribu, Nur Sajat Taja Miss Grand Malaysia 2019

Pencarian ratu cantik Miss Grand Malaysia 2019 bakal diadakan di Hotel Meritz, Miri pada 28 April ini.

Trending Fri, 24 Jan 2025

“Tak Payah Cari Publisiti Murahan Guna Anak Orang, Busuk!” – Rita Rudaini

ibu tunggal anak dua itu menegaskan dia tidak akan lupa perbuatan individu tersebut terhadapnya.

error: Content is protected !!