Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 30, 2024 @ 1:15pm

“Yang Satu Takut Job Kena Caras, Seorang Lagi Tak Boleh Tengok Aku Dalam Industri “- Nonny Nadirah Perli Siapa Tu?

Pelakon dan penyanyi sensasi, Nonny Nadirah kesal apabila ada pihak dikatakan tidak senang dengan kehadirannya dalam industri selepas muncul pada festival makanan yang berlangsung baru-baru ini.

Kata Nonny, 35, dia masih belum sempat untuk melakukan apa-apa pekerjaan ataupun menerima sebarang tawaran, namun sudah ada pihak yang mula berasa takut kehilangan pekerjaan.

“Belum start apa-apa pun lagi. Yang satu sudah takut job kena caras. Yang satu lagi tak boleh tengok aku duduk dalam industri.

“Ya Allah, Bagi semua dekat dia orang. Campak dunia ni dekat muka dia orang,” katanya.

Perkara itu dikongsi Nonny menerusi muat naik di ruangan Instagram Stories miliknya.

Dalam hantaran berlainan pula, Nonny kelihatan memuat naik tangkap skrin sebuah artikel yang memaklumkan, bahawa dia sudah empat tahun hidup secara bersendirian.

Malah, mengakui yang dia merupakan seorang janda yang tidak terdesak soal mencari jodoh.

Meskipun kelihatan malas melayan karenah sesetengah individu, Nonny bagaimanapun kelihatan sempat menitipkan pesanan berkaitan karma.

“Karma is gonna hit some og you all real hard for breaking people who had nothing but good intentions for you.

“Thank you for everything. I will never forget what you guys did to me,” tulisnya.

Terdahulu, Nonny menjelaskan mengenai tindakannya yang sering memuat naik video-video panas di platform media sosialnya.

Menurutnya, apa yang dimuat naik di Instagram itu bersebab, sekaligus menafikan dakwaan dia sengaja mencari publisiti murahan atau cuba menjadi ‘attention seeker’.

ARTIKEL BERKAITAN:Kerap Muat Naik Video Seksi Di IG, Nonny Nadirah Nafi ‘Attention Seeker’ – “Kita Iman Turun Naik, Tak Perlu Nak Perbesarkan”

ARTIKEL BERKAITAN:Video Nakal Bukan Akibat Memberontak, Nonny Nadirah Bertegas Tak Pernah Alami Depresi – “Kalau Nak Follow Saya Kena Berfikiran Terbuka”

ARTIKEL BERKAITAN:Niezam Zaidi Terkejut Bekas Kekasih Galak Kongsi Video S*ksi – “Nonny Nadirah Wanita Yang Baik & Kuat Bersedekah”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 27 Apr 2020

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un Dilaporkan Masih Hidup – Moon Jae In

Berita kematiannya mulai tersebar setelah dilihat tidak hadir ke acara penting..

Eat Travel Sun, 17 May 2020
Hiburan Thu, 10 Aug 2023
Trending Thu, 19 Sep 2019

The Best Korean Food and Most ‘Seoul-tastic’ Experience in ‘Seoul Culture Showroom KL’

Kimchis, hanboks and K-Pops; Seoul Culture Showroom in Kuala Lumpur is a rendezvous for the best South Korean learning escapade.

Featured Sun, 10 Jun 2018
Featured Mon, 22 May 2023
Events Mon, 4 Feb 2019

Artis Lipsync 12 Lagu Finalis AJL33 Di Karpet Merah, Janna Nick Paling Win!

Bravo team dan barisan artis yang cukup sporting untuk lipsync di Karpet Merah AJL33 semalam

Trending Tue, 8 Dec 2020

Bantuan Sebanyak RM1,000 Ringankan Beban Golongan Sasaran

Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya

error: Content is protected !!