Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 31, 2024 @ 9:47am

40 Tahun Dalam Industri, Imuda Akhirnya Terima Gelaran Datuk

Pelakon, pelawak dan pelukis, Imuda kini bergelar Datuk apabila menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri sempena Hari Ulang Tahun Ke-75 Yang Dipertua Negeri (TYT) Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Pulau Pinang.

Menurut pemilik nama A Rahim Muda, 65, dia berasa bangga dengan penganugerahan yang diterimanya.

Malah, menganggap kejayaan ini harus diraikan selepas berkecimpung dalam bidang seni selama 40 tahun.

“Saya berasa amat bangga kerana menerima penganugerahan daripada TYT Pulau Pinang. Selepas begitu lama berkecimpung dalam dunia hiburan sejak 40 tahun lalu, inilah masa dan saatnya untuk meraikan kejayaan.

“Bukan saja untuk diri saya tetapi juga buat seluruh anak seni yang lain di negeri Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita.

Sekadar info, pelakon yang popular menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini pernah membintangi puluhan filem-filem popular antaranya Mekanik, Kembara Seniman Jalanan, Hati Bukan Kristal, Mat Gelap, Mat Som dan banyak lagi.

Bahkan, karya-karyanya juga banyak diterbitkan untuk majalah Gila-Gila, Berita Minggu dan Gelihati.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Oct 2022

Didie Alias Akui Pernah Berniaga Di Kelab Malam – “ Saya Beli Barangan Wanita Dan Jual Kepada…”

Min sebak dengar kisah hidup Didie Alias.. Semoga kita semua tabah menghadapi cabaran hidup ini..

Hiburan Fri, 4 Jan 2019
Events Wed, 18 Oct 2023

Kumpulan Fourtwnty Impi Berkolaborasi Dengan Yuna

Wow! Kalau Fourtwnty koloborasi dengan Yuna confirm 🔥🔥🔥

Featured Fri, 10 Mar 2023

Susulan Tumbuk Isteri Hingga Cedera, Hafidz Roshdi Bakal Didakwa Isnin Depan

Semoga yang teraniaya diberi keadilan yang sewajarnya!

Hiburan Thu, 5 Mar 2026
Hiburan Wed, 12 Dec 2018

Sarah Fazny Popular Di Indonesia?

Sementara itu, penyanyi berusia 23 tahun ini mengaku jumlah pengikut di Instagram naik mendadak sejak menyertai DAA 4.

error: Content is protected !!