Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 7, 2024 @ 5:00pm

Statement ‘Ini Mungkin Abah Punya Last Tengok Badminton Olimpik’ Undang Sebak, Ramai Doakan Ayah Dayah Bakar Terus Sihat

Pengacara Dayah Bakar menyentuh hati ramai pihak apabila berkongsi sepotong video pendek menerusi TikTok miliknya.

Menerusi video berdurasi 18 saat itu, kelihatan Dayah bersama keluarga sedang menyaksikan perlawanan badminton di antara Lee Zii Jia dan pemain asal India, Lakshya Sen.

Bagaimanapun, semasa perlawanan bermula, ayahnya yang duduk menyaksikan sukan tersebut kelihatan turut mendoakan kejayaan buat negara.

“Badminton is Abah’s favourite game,” tulisnya ringkas.

Lebih menyentuh hati, menerusi paparan video tersebut, Dayah berkongsi sebaik sahaja perlawanan tamat ayahnya, Abu Bakar Johar memaklumkan, perlawanan tersebut mungkin yang terakhir kali untuknya kerana perlu menunggu empat tahun lagi untuk menyaksikan sukan Olimpik seterusnya.

“I did not this coming. Bukan kemenangan, tetapi lepas dah habis semua ni, abah ada cakap ‘ini mungkin abah punya last tengok badminton Olimpik’, sebab next punya empat tahun,” katanya.

Sebak dengan kenyataan yang diberikan, ibu kepada dua cahaya mata itu mengaku, dia masih belum bersedia untuk mendengar kenyataan tersebut.

“I cried, i am not ready for that statement. Ya Allah panjangkan umur abahku dan limpahkan keberkahan dan kesihatan yang baik untuk abah. Aamiin,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut Dayah berasa sebak dan mendoakan agar keluarganya diberikan kesihatan berkekalan, malah ada yang juga yang tampil berkongsi pengalaman sama seperti yang dilalui pengacara program Malaysia Hari Ini itu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Dec 2018

‘ Ada Sebab Saya Pilih Dewan Merdeka’, Konsert Terakhir Altimet 16 Februari Depan

Jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan tiket awal, lebih jimat tau!

Hiburan Tue, 13 Jan 2026
Events Sat, 9 Nov 2019

Meriahkan Lazada 11:11 Shopping Festival Bersama APink Ahad Ini!

Jom! Meriahkan Lazada 11:11 Super Show bersama APink!

Hiburan Tue, 19 Nov 2019
Hiburan Fri, 22 Nov 2024

Lancar Album Studio Ke-11, Dayang Nurfaizah Sebak Arwah Iman Imran Tak Sempat Dengar Lagu Mencintai Cinta

Dayang Nurfaizah sebak Allahyarham Iman Imran tak sempat dengar lagu Mencintai Cinta yang dimuatkan dalam album Janji.

Featured Fri, 29 Oct 2021
error: Content is protected !!